end of 2012. final exam.

amacam. dah list azam baru belum?
eih.. mcm malas pulak nak listkan azam untuk tahun baru 2013.. sebab mostly tak tercapai pun azams azams tersebut.. tapi biar ada azam jugak dari takde.. haha *start dah merepek*

btw, saya tengah stusy week skrg dan saya sgt tiada mood untuk study... dan saya sangat rasa nak balik rumah lagi dan lagi dan lagi.. dan saya sangat mengantuk... arghhh sudah2 la tu..


ok percubaan untuk tidak tido malam dan pulun study tahap melampau masih tak tercapai..



mahupun secawan nescafe atau bercawan-cawan tetap takkan bagi saya rajin.. mcm sekarang.. update blog rajin pulak kan.. *wat muka tak bersalah*

okay lah. wish me luck ye.... doakan saya rajin dan boleh jawab exam dengan tenang... dan semoga saya tidak lukis muka karton di kertas exam kali ni... fuuuuu..

kbai. guuud luck juga ;)

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Allah.

Terima kasih Allah. Terima kasih. 
Kau maha mendengar setiap keluhan hati.
Kau memahami setiap kehendak hati.
meski dosaku setinggi gunung, malah lebih lagi, astagfirullah.
meski aku terkadang melupakan-Mu,
tapi sememangnya Kau berada dekat lebih dekat dari urat pangkal leherku.
Kau masih memandang dan memakbulkan doa-doa kecilku.
terima kasih Allah.

Moga perjalanan hidup ini, lebih baik,
aku memohon jadikan lah aku wanita yg penuh dengan keberkatan yang diredhaimu.
amin.


Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
p/s : susah kan nak tgk gua serius, but sometimes it comes deeply through my heart, then, terus rasa sebak, nak nangis, dan bercakap pada diri, ya allah, betapa aku melupakanmu, ampuni aku. sobsssss30x.. salam jumaat.. moga Allah redhai setiap nafas, setiap langkah dan setiap apa jua yang kita lakukan. 




Kenduri Kahwin Kawan

halahai. sorang-sorang kahwin. tinggallah daku yang membujang sehingga sekarang. cewah ayat bajet macam dah tua dah haku nih. erm biasalah daku ni gatal je awal, kahwinnya lambat jgak. muahahha.. ada unsur-unsur madah berlagu pilu di situ. sambil lap hingus dengan tisu tandas. -.-''

bukan apa, bukan tak nak kahwin, kalau boleh esok pun gua nak pegi jemput tok kadi datang rumah, nikahkan aku cepat-cepat. eh eh bukan nikah dengan tok kadi tau. nanti ada jugak yang salah bin paham nanti. dengan buah durian hati pilihan daku la.. bukan tok kadi ye, tak mo, tak mo..tetapi memandangkan ketahanan fizikal dan mental gua ni belum cukup tahap ketahanan yang tinggi,fizikal memang tak tinggi dah la kan, mental pulak kejap2 ok, kejap2 ke laut,  so gua mengkuburkan hasrat-hasrat gua bersama kentut-kentut gua.. pfttt...

agak-agak la kan, umur berapa ye daku berumah tangga ni? muahaha.. bangun pun mak kejut, ada hati nak kawen... booooo kat diri sendiri.. sobsss...



ok, lari dari tajuk pulak. huhu. ini kawan saya, namanya Siti Salihah. abaikan mulut itik saya, mungkin dulu saya suka kawan dengan itik.. lalalala..kawan saya ni,ade saya mention dlm post2 sejak 2 tahun lepas. hoho... dah kahwin dah beliau... Selamat Pengantin Baru ye...semoga menjadi isteri yang solehah dan berkekalan hingga ke jannah.. (bkan jannah kawan leha tu tau, dia pun dah ada anak, hehe)
apa kaitan? pftttt..


ini gambarnye, tinggi kitorang sama, taste ktorang pun sama, haha, nak psgn yang besar2 je.. hahaha..
tapi sekarang status kita je tak sama, daku Cik Hanisah yang bujang terang tang tang tang tang, dikau Puan Salihah yg kiut lagi miut, tambahan suka gelak kuat-kuat, wah itu pakej ok, tahniah. muahaha..
dari kiri (Cik Hanisah, Puan Leha dan suami, Bakal Suami Cik Hanisah, insyaAllah, hehehe)...
dan kawan saya ni masih belajar tau, so memey mmerlukan tahap sabar yang tinggi sebab berjauhan dengan suami, tapi saya percaya kawan saya ni kuat. hehehe..

ok tu je nak tempek gambar, nanti banyak-banyak kene sekeh pala, dah la letakk gambar tanpa kebenaran. muahhaha..  ok lah, gua nak siap-siap nak pegi kawin  kelas jap. babai.

maaf, saya memey malas update blog, biasalah suka hati la kan nak update ke tak, Hak Update Blog, Hak Kami! dan Hak Kawin Hak Kami ! (tetibe~)

ok bai. kroh kroh kroh..


Hai Sem 5.

pheww.... sapu-sapu habuk kat blog, sembur febreze sikit kasi wangi..erk awat blog dah busuk ke?
iye lah mesti lah dah mmusyukkkk massshammm (annoying gila eja mcm tu) sbb dh lama tak jengok.. 
sori la.. tak senang lah nak update.. haha.. tak tahu lah sibuk dengan apa, diri sendiri pun tak paham.. 

sekarang dah masuk semester 5 di sini (uitm s.alam), hehe padahal dah masuk minggu ketiga dah pun, phuiii..
semester ni jadual saya adalah tidak best, tapi satu je best sebab khamis tak ada kelas langsung, yeayyyy sambil lompat lompat... 

amacam dgn raya adilfitri? raya????
tidakkk jangan tampar daku, apa hal dowhhh baru nak tya psal raya kan?
ok la ok la, arrr amacam dengan persiapan raya haji? huhu..

ok sebenarnya no point nak update tapi nak update jugak kan, nanti kauorang kaurang rindu pulak...
aduhhh sape pulak yang baling batu kat aku ni?? 


sebagai pembuka tirai dengan azam nak rajin update blog lepas ni, so meh nak letak gambar sikit buat lepas rindu kaurang kaurang semua... aduhhhh kena lagi, sapa pulak baling kayu kat aku ni? grrr..


saya ber'shawl' warna warni aidilfitri..
ok tu saje..

babai..
:)

Malacca Part 1

amboih macam banyak part pulak kan. macam la rajin sangat update blog kan kan kan.

sebelum tu, assalamualaikum, dan selamat menyambut ramadhan... dan selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa, bagi yang tak berpuasa, mari kita korek idung sama-sama. eh eh saya puasa taw..

skarang saya di malacca, sbb ada survey camp selama sebulan di sini. sebulan je? aih awat rasa lama sangat di sini... -.-''

survey camp saya terbahagi kepada dua task:

first task kena wat subdivide untuk lot tanah, lokasi dekat pantai kelebang, melaka.





site. dah mcm padang pasiaq dah ha... bulan puasa pulak tu, mmg dugaan nak mengkedarah coconut shake je.. ;| 


second task pulak strata title (ukur bangunan).
task ni tak siap lagi. masih underwear. eh eh on the way. -.-''


malacca best sbb bangunannye lama-lama, maklumlah tinggalan sejarah kan, cantik...
suka jugak suasana dekat sini, tapi suka lagi tempat sendiri.. hehe
bak kata pepatah, buang bala di negeri org, buang tebiat di negeri sendiri, sambil angkat tangan mcm karam s*** walia melaporkan utk tb3.. :P


yang penting sekali dtg sni sbb nak blajar dan smbil belajar smbil bejalan2.. itu mesti kalau tak rugi la pulak kan.. hehe


skang menetap kat kolej, dari tingkap boleh nampak view ini. bertentangan dgn river cruise je.. kalau malam lagi cantik, ade lampu-lampu, nanti nak bawa hasben dtg sini, hasben pun xde ada hati nak bawak. ngehngeh..



lepas siap task pertama, ada gap beberapa hari untuk rehat, jadi sempat la saya dan kawan2 pegi ke Mahkota Parade and Dataran Pahlawan..



berbuka puasa dgn kawan-kawan kelas. 
lokasi: Kopitiam Express.


dapat percuma nasi tambah :P


depan under water world. tak sempat masuk. next time kalau rajin. hee


eh eh jangan click X lagi, ade lagi nih... nak share gmbar kwsn Kampung Morten bersebelahan River Cruise, sumpah cantekkkk....bukan cantaik ye... hee





cantik kan rumah-rumah ni... rasa teringin nak buat rumah kampung mcm ni, tapi tak boleh sbb saya suka jalan hentak-hentak kaki, so nanti habes bising rumah :P


jambatan kapung morten.. tak naik lagi boat river cruise, bayar rm10 je boat bawak sampai ke venice, eh silap ke bandar hilir. 
next time nk naik kalau ada masa terluang.. 
cehh padahal ada je masa terluang, siap terbuang lagi.. hee


ok nanti update lagi, rasa mcm dah byk gmbar tempek kat sini..
2 hari lepas g Jonker Walk pula, tapi jumpa next entri... :)


apapun, best sbb ada kwn2 yg best ni... 


<3 them. bye.






Exam Mood.

hai peeps.

skarang musim final exam.. dan  musim org tension tak ketahuan hala. tak lupa juga yang sakit kepala..
saya pun termasuk skali lah tapi saya campur pakej sakit kepala+kuat makan+tiba2 nak tengok wayang.. dasat betoi.

tu tak kira lagi berapa kali tawaf dalam bilik disebabkan mnghafal formula dan nota-nota Law and Regulations. phuihhh.. jem saraf otak den sekojap..

14hb ni saya last paper dan 16hb ni saya berangkat ke melaka tuk Survey Camp.. ciss.. melepas cuti ni nak berenang-renang di atas katil secara maksima.
terpaksa lah saya berenang di Pantai Kelebang kelak.. cmna rupa pun saya tak tau sebab tak penah sampai sana lagi..

ok lah. sebenarnya saya baru bangun tido.. huahua.. dan jam sekarang pukul 3 pagiii (nyanyi versi P.Ramlee). takla main2 je..

ha.. wish me luck tau tuk Final Exam ni.. moga2 dapat score 4.1.. heee...bawu la dapat hadiah Samsung Galaxy sIII. ok foine berangan lebih.. lol
ok see u soon..



ok i will miss this teratak bonda dan ayahanda...
uwaaaa nak balikk!!
3 hari sebelum raya baru dapat balik dan buka puasa di rumah..
ini sgt menguji kesabaran dan ke-tough-an gua.. sobsss...

Selamat Hari Abah.

Assalamualaikum.. Selamat hari abah, abah.

abah 62 tahun. adik 22 tahun.
22 tahun dah abah jaga adik.
makan minum adik semuanya cukup.


masih ingat lagi kecik-kecik dulu adik tunggu abah balik kerja depan pintu,
abah balik, lari-lari pegi dekat abah. abah ingat tak..
pastu adik tidoq kat ruang tamu, abah gerak masuk tidoq dalam bilik,
tapi adik pura-pura tidoq sebab nak abah dukung, betul abah dukung. haha


bila dah besar, masuk asrama, tak seronok pun dok asrama mula-mula,
tapi adik pikir abah mesti nak adik berdikari macam kakak dan abang, adik duduk jugak.
adik nakal waktu sekolah, abah marah, adik takut nak balik rumah.
tapi bila adik balik, abah tak marah sikit pun, abah senyum,
tapi adik tau dalam hati abah, abah menangis, abah kecewa,
adik tak belajar betul-betul, minta maaf abah.


adik nekad, adik nak jugak masuk u, tapi adik tak dapat sebab result spm adik tak elok,
adik nangis kuat-kuat. adik mnyesal.
satu hari result rayuan uitm sampai, adik seronok sangat.
adik tunjuk dekat mak dan abah.
mesti abah seronok, sebab adik tau abah nak adik jadi macam kakak.
walaupun adik tak suka pun berpanas-panas sebab ambik kos ni,
tapi demi abah, demi mak, adik gagahkan juga.
adik nak dapat Anugerah Naib Canselor tapi adik gagal juga, adik cuma dapat 2 bintang masa graduation day.
adik tau abah sedih.
adik dah usaha, mungkin balasan tuk adik masa adik nakal dulu.


adik malu, adik dah jarang sembang dengan abah, padahal kecik-kecik dulu adik yang paling rapat dengan abah.
adik banyak kecewakan abah. abah nak adik sambung belajaq, sebab adik pernah dengar abah nak anak yang last ni belajaq tinggi-tinggi.
adik relakan diri, sambung belajaq, kalau ikutkan hati, adik nak keje biasa-biasa dan kahwin saja, adik nak bersederhana dalam hidup tapi adik pikir abah. bila lagi adik nak gembirakan abah.
adik jauh kat sini. sedih sebab jauh tapi adik gagahkan diri.
demi ilmu, demi abah, demi mak.


adik harap usaha adik tak sia-sia. pesan abah, solat jangan tinggal, nanti Tuhan tak tolong.
baik abah, adik cuba jaga solat adik sebaik-baiknya.
adik usaha belajar rajin-rajin untuk abah. abah tunggu adik berjaya, jangan pergi lagi.
adik tahu abah sakit malam-malam, mak tak mau bagitau.
abah, dalam doa adik, adik minta kesihatan yang baik untuk mak dan abah.
adik sayang mak dan abah.
mak abah, tunggu kejayaan adik, biar adik sempat bahagiakan mak dan abah, jangan pergi lagi.
tapi,
kalau adik pergi dulu, halalkan makan minum adik, ampunkan dosa-dosa adik..
mak abah sentiasa di hati dik, tak kira adik senang atau susah.



 
anak abah yang nakal.



mak abah yang sentiasa menerima baik buruk anaknya.

okay, ini betul2 entri serius. malu lah camni, nak sorok muka bawah bantal, reyauuu kuat2, maluu..


Test Math and Naturactor

hai. 

mana pegi ntah post semalam.. penat gua update pukul 2am masa study maths smlm, tetiba hari ni gua godek-godek dah tak de... sobbbbsssss...

dah la tadi test math cam hape-hape lagi... tangan terketaq-ketaq jawab test tadi...bukan takut ke apa, tapi lapaqqq. aish sampai tak sempat makan.. 
math sem ni Linear Algebra, tak susah sangat tapi tak sempat buat semua latihan dan past year adalah sebab   musabab saya tak dapat jawab dengan tenang tadi. damn. 

tak ape lah, bukan rezeki saya, tapi sempat jugak saya lepas tension dengan kawan-kawan lepas test math tadi, buat video menari atas jalan, naissss... 


okay kalau malam-malam camni boleh lepak I-City sampai 2 3 pagi macam sem lepas memang seronok,
walaupun lampu-lampu disitu tak boleh dipetik dan dimakan pun,
at least boleh duduk sembang-sembang dgn bff dan ushar org tangkap gmbaq...


actually kan, gua tak de point nak update tapi disebabkan gua tak nak laman sesawang ni bersawang 
jadi gua update lah bende yang merapu meraban nih... 

ok what...semalam I ada order naturactor dari sorang seller kat facebook, esok sampai, 
nanti I review camna my face jadi dgn naturactor tu...
sesuai or tak, flawless ke x, jadi muka Dato Siti ke x, ehh


saya beli kod 151, ehh paling gelap ke, tak pe la, warna skin saya bukannya cerah pun, kang nanti pakai yg paling cerah jadi cam hantu tepung pulak, hantu tepung? ade ke... 

oklah, nanti saya review kalau rajin
maaf atas kecelaruan identiti, sekejap gua,sekejap I, sekejap saya... ok lah nak muhasabah diri jap sambil pejam mata krohhh krohhh atas katil.. 
cover balik tdo 4 jam je semalam.. . mata dah macam panda dah..
ok bubye.. :)


Dear Diary...



she can fool someone with her fake smile and pretend laugh but she can never lie to her bleeding heart.


Jalan-jalan Bukit Bendera.

Assalamualaikum...

wifi tersangat lah lambat.... susah nak update, tahu lah kalian-kalian semua tertunggu-tunggu entri baru kan..kan... debushhhh!! ok fine.. tak payah tumbuk, saya tumbuk diri seniri.. sob sob sob...

ok marilah mengupdate dgn laju.. sekarang dengan jayanya saya sudah ada di Shah Alam. how bored... sigh..

tapi tapi tapi.. hari tu cuti kan (cakap dgn gaya gedik) saya dgn boyprengg (sapa lagi kan klu bukan dia) pergi jalan-jalan ke Bukit Bendera... last time pergi masa kecikkkk kecikkkk. tu pun mak cakap saya terberak dalam cable car tu.. damn...

so skrg dah besar dah tak buat perangai cmtu dah dlm cable car.. huhu...

dah la cakap byk pun tak guna.. hehe..mari tgk gmbar.. (asyik tayang gambar je kan haku nih... -.-")


baru je sampai nih.. teruih amek gambaq.. okay saya pakai tudung 'bersih'.. hihi

muka ala-ala eksaited... pkai tudung bawal simple je... boypreng cakap mcm budak sekolah..
ish.. dengki lar tu... -.-

 view dari atas... cantik kan...nampak satu penang.. siap boleh nampak lagi rumah saya yang bumbung biru... haa nampak tak? cuba cari... okay tipu jer. teheeee


alah kacau la makcik... tepi sikit.. huahua...sori la mak cik terinterframe pulak dlm nih...
tempek jugak gmbaq mamat ni.. klu tak dia ngamuk cakap "apa ni update blog tak letak gmbar abg pun!"
hahaha... mari kita kenakan dia.. ngehngeh...

adik baju putih : tgk pe dik? haha
pelik kot sbb saya bdiri atas tembok smata-mata nak ambek gmbar si baju hitam ni dari atas.. maklumlah kasut 6 inci pun tak cukup lagi... blerghhhh.. hehe

tu je... nak update pung pung pung...
nanti tempek gambaq lagi banyak2... erk..babai..

p/s btw, takziah dan sedekahkan al-fatihah buat tok ayah Boypreng saya yang baru meninggal.. :(

counting days.

okay fine cuti is going to end.
tak sempat puas bergolek golek di rumah.
tak sempat puas makan sampai terkeluar perut dari suar.
tak sempat jalan jalan smpai terkeluar lutut.

baru baru ni balik jumpa si boypreng setelah lebih sbulan tak jumpa. naseb baik masih ingat rupa beliau. hehe.

lepas tgk wayang cite battleship. haruslah makan makan besar. walaupun sy tak besar besar.

n g lepak2 kat jeti nak g pulau aman. tak pegi pun pulau aman. just duduk bertenggek situ makan mee kuah ketam. makan lagi. ish ish.

pastu melaram laram jap amek gambaq konon konon reti main gitaq.

mari tempek gmbaq secara maraton.
dan sila tgk pun secaa maraton.




wah wah konon reti la tu... huhu




okey sudah la. sudah la skit skit perasantan. bye bye.
entri tak de motif.
camne cuti kalian ?

adakah puas makan? makan je tye haku nih.
bye bye.
posted from Bloggeroid

Mid term break.

sangat tidak sabar nak balik rumah....yeah im coming home...

umah saya di TS ye. bukan Times Square ye. hoho Tun Sardon..





gmbar masa program anak selangor. eh sejak bila jadi anak selangor ni. sori saya dtg sbb ada mkan free. tehee....

mari listkan aktibiti yg patut dibuat cuti ini :

» tido puas puas sampai kena ketuk pintu sampai reban

»makan sampai perut terkeluar dari posisi asal. wahwahwah.. dasat kau.

»main kucing sampai lemau.siap kau kucing.

» abeskan training lesen keta. hoho baru boleh melaram keta baru kat umah. hehehhe gelak sambil angkat kening sebelah.

» dating dgn mak kat shopping compleks sambik makan claypot tomyam.

» dating sgn boyprengg sambil makan jagung tepi pantai.


ok fine lah. dah tamak haloba dah ni. semua nk dimuatkan dalam cuti yg seminggu ciput sekejap je.. damn.

tapi lemah betul klu time nak naik bas. ish. klau tak terhantuk kepala jat cermin bas x sah, tak pon terhantuk kepala kat kepala org sebelah. mmg dasar tido.

ok lah nak tido. fuuuuu...

bai. ;)
posted from Bloggeroid

Hadiah besday.



hai. 
susulan dari entry lepas, meh tgk meh, sini. cik abang ada bagi present sempena hari kelahiran saya. 
tarraaaa. Samsung Galaxy W. 
cewahhhh lepas ni boleh lah WhatsApp dgn kakak-kakak tersayang. 
dan bervideo-videoan dgn cik abg. hikhik gelak gatal.


Source. google.

terima kasih awak. boleh jugak melaram guna handset baru. 



bulan 5 ni besday awak. nak bagi ape ek?
bagi rokok sekotak dah la noh. hikhik. :P

iloveu :)


Birthday suprise.

semalam bukan birthday saya, semalam punya semalam pun bukan birthday saya. bulan lepas birthday saya.
jadi ini memey cerita basi, tapi saya tetap mau cerita. kehkeh. 

sebagai entry penghargaan kepada kawan-kawan saya, jadi dengan ini, saya amat berbesar hati sebesar besarnya amat berterimakasih, err sudahlah semacam bagi ucapan pula. kalah Smy vellu punya ayat nih -.-"

pada malam sehari sblum birthday saya, yang kebetulan sama tarikh dgn bf si kawan saya, jadi kami sama2 menyambutnya di sebuah kedai makan ala-ala hotel gitu. tapi sayangnya gmbar tidak diambil.. damn. :(


berbaju hitam itu kawan saya. bf dia sama tarikh besday dgn saya.

jadi malam itu, lepas makan-makan, lampu kedai dimalapkan dan jeng jeng jeng lagu happy birthday dipasang, dan waiter berbaju kemas jalan tergedek-gedek bawa kek 2 ketoi. best je. tiba tiba rasa macam nk nangis di situ, okey fine. lap hingus.

seminggu lepas itu, saya sangka 3 org lagi kawan saya tak ingat besday saya, jadi saya pun cuba menyimpan duka lara di hati, cewahhhhh pehal minah ni ayat kamus dewan pula malam ni.

tapi, mereka rupanya ada plan lain, dan ini betul-betul xde dalam kepala hotak gua yg mereka betul betul mau bikin suprise, err ayat indon pulak. apa2 je lah.

kitorg beli mknn bungkus makan dekat padang, lepas makan timbul pula kek dari belakang, waaa dan saya sangat teruja saat itu macam nak lompat2 kat situ, tapi masih waras nak berbuat demikian, jadi, dengan sopannya tersengih-sengih disitu mcm kerang busuk...


inilah kek nya, amboi lilin, nak cukupkan 22 batang ke. haha. tgk api banyak-banyak macam nak spare je bomba kat sebelah. eh lupa pulak mereka ni ex-bomba. ehehehe..


abes dah api, dah sembur angin. tak sabar nak ngappp wlupun perut macam nak terkeluar dari suar.
damn, kalau tau nak wat suprise haruslah pakai segak segak malam tu, tapi ini serabai saje yg mampu. huahua

muka excited.


wah ini kek sgt sedap okey. tahun depan belilah lagi ye. ngehngeh.

okay. terima kasih ye kalian. sayang semua. saya hargai. :D



Wajah Baru dan cerita kawen.


hai. mcm biasa yat permulaan, "lama tak update blog"
memang lah. mana penah intro dgn " Eh hari ni saya update blog 2 kali lah, seronoknye.... " ataupun 
"eh saya terupdate pulak, baru je 10saat lepas saya update kan, ish ish ish..."
xde kan mcm tu. so biasa-biasakan diri lah dgn ayat intro saya. huhuwww..

arrr nak mula dari mana dulu ye.. bnyak sangat sebenarnya nak cerita.
lecturer ada bagi assignment semacam ini : 
"ceritakan cerita lepas yang anda tak sempat update di blog, panjang karangan anda tak melebihi 20 patah perkataan. "

okay, tipu. 
so, mari kita start, 
hai kawan, macammana dengan wajah baru saya? adakah ia cepat diloading dan kemas? ataupun masih tak menepati citarasa perut anda? erk. 



blog ini diedit oleh dik una yg comells itu, tima kaseh ye dik.. kalau nak tunggu saya edit, memang tahun depanlah baru siap. -.-"

jadi dengan harapan wajah baru ini, saya rajin lah sedikit update blog daripada tekan new post, pastu g kat ujung screen tekan X. wuhuhuhuhu..


cerita kedua. 
weyhh ini sedih weyhhhh...
sedih campur gembira campur sedih campur lagi gembira, sudahlah. marah diri seniri.


ini kawan baik saya, yang baju putih itu emmm emmm eh macam kenal lah, ye itulah saya, sambil tunjuk jari kat batang idung sendiri, saya sudah 2x jadi pengapit, aish tapi x pe, saya masih pegang jawatan pengapit selama 2 tahun lagi, insyaallah...


close-up view... u sangat cantik okay... :)
hai puan. jgn jeles saya masih Cik.. :P


okay, jadi itulah cerita saya, tunggu tungggu nanti saya update lagi, ini cerita kasi saspender punyalah.. okay, babai.. komen la klu rajen, lama org x komen blog saya, hahahah padahal diri sendiri yang tak update. haha. okay lah. 

sbnrnya saya ponteng klas law, maafkan saya prof, saya mintak off sehari ye, saya sakit peut lah, *tiba-tiba*
ok babai. 

Selamat pengantin baru Abg..

hai. berkurun x update blog. 
sibuk tau.
 sibuk dgn macam-macam urusan...
cewahhh macam la sibuk sangat!
sibuk la tahu x...
sudah sudah......!! 
aish, dok wat gadoh pa tang ni.. 
pedulikan eh..

sbnrnya, cuti sem hari tu saya sibuk dan menyibuk utk uruskan wedding abg..
siapkan hantaran dan tolong packing apa2 yang patut.. 
dan saya juga telah rasmi katil pengantin sebelum mereka rasmi... 
hahahahha gelak jahat.. :P

ini abg saya, Abg lah..
dan ini kakak ipar saya..




ar itu saje...

dan sebelah kiri ni adik pengantin, dia belum berkahwin lagi. 
nama beliau Hanisah, umur beliau 22 tahun 9 hari..
beliau comel mcm kucing dan beliau suka perasan yang beliau comel mcm kucing..
err dah dah..! 
adess tension betul klu menaip bnda bukan bukan nih..

 sebelah kanan pula kakak pengantin, beliau sudah berkahwin dan punya 3 org anak..

ok iu saja.. 
jumpa lagi di entry tertunggak nanti.. :P



Kenangan Di Sekolah (entry bergambar)

hari ni gua rajin. jadi gua mau update belog. 

tetiba tadi terbuka gambar-gambar pra-matang time sekolah dulu... bile tengok balik, alahai rindunya saat-saat tu..

walaupun saya banyak buat hal di sekolah dulu, hmmmm... tapi still fresh in mind lagi, tetap tak boleh lupa kenangan di sekolah..

yelah, masa tu hanya tahu seronok, tak fikir panjang, tapi yeahhh people changes.. mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. err selamat mnyambut maulidur rasul semua..

kenapa rasa macam terkeluar topik, patutlah BM saya dapat B.. xpe, B means baik :P

gambar form one. haha. malu tgk muka sendiri tapi ttp nak tayang kat blog. :P
paling kanan itu saya.

haha. ini lagi satu. citrawarna form 2..
saya di tgh-tgh pakai baju cina warna merah...hikhik..

 ini pulak nasyid.. haha.. masa ni peringkat pe ntah.. 
"ingatla semua wahai insannnn, jangan la baikan perintah Tuhan..... lalalla"
boleh ingat lagi nasyid tuh. tekong kami ini. Haura Malina yg comel..

ini adalah geng asrama dorm kreatif.. haha
dari kiri: saya. yani (bertunang dah), yana (like me), suraya (dah berkahwin)
yana? kita bila lagi. :/


err mungkin ini gaya paling cun abad itu kot. haha.. nak tahu, waktu ni waktu study tapi kami merayap pegi depan Koop beli swiss roll.. 


hahha.. semua muka innocent je...skarang muka macam mak insun.. aish..
barisan depan dari kiri itu saya..
abaikan bilik kami yang semak ketika itu, dan baju-baju kami slalu dibuang      dari tingkat satu ke bawah oleh penyelia asrama, pastu bila kena lelong, pakat pakat taknak mengaku.. huahua..


kenangan di sekolah adalah seronok..
bayak pahit dari manisnya tapi saya tetap suka..
sebab ada bff dan bf.. ehek..
pendapat saya, sesiapa yang tak rasa kehidupan di asrama adalah rugi, sorry to say..
sbb challanges in school tak sama macam kat University..
ntah, kat mana pun saya pegi, kat perlis, kat shah alam tapi knangan kat asrama dulu jugak yang best..

walaupun saya adalah pelajar yang kurang btauliah saat itu, tapi apapun life mesti go on, and everything happen ada hikmahnya, dan Allah pasti sediakan yang terbaik untuk kita..ayat macam ada makna tersirat pulak. biasalah sapa yang tak ada kenangan yang pahit lebih pahit dari kopi.

tapi kenangan manis ini saya takkan lupa. 

  
saya dan Encek A. dari dulu sampai sekarang tak penah bosan dgn awak. 
okbai, banyak pulak bebelan. itulah lama tak update. sibuk uruskan wedding..
see u soon..