Malu Ke Jadi Anak Mak?

Cam ganas je tittle tu kan? Malu ke jadi anak mak? 
sape malu, sila angkt tgn dan cabut broadband anda! 

sebelum tu, assalamualaikum utk pembaca yg komen2 ataupun silent reader or ghost rider..
maaf penggunakan bahasa 'aku' di sini bagi yg lebih matured dari aku..
 utk yg lebih muda tu halal lah ea.. cewwwaaaahhhh!

entry kali ni mengandungi kandungan 18sx so sila pantau anak2 anda di rumah..
aish, merepek!

ok, aku rasa nak kupas, tumis dan goreng topik di atas kejap.. 
(dah xtau nak citer apa ke??) 
em TAK lah..
saje syok2 seniri nak sembang sorang-sorang pasal ni..

(cepat sikit citer boleh x??)

OK.. OK..em aku memang anak mak..
ye la, kalau bukan anak mak, tak kan nak jadi anak kakak ke, anak abang ke,anak kucing ke?? 
ye la... aku rasa ada jugak yang anak abah kan, ayah, daddy, papa, pupy (bukan anak dog tau, ni utk orang-orang indon) or baba, walid ke...

especially kalau pompuan, suka rapat dengan ayah dowg kan? 
kalau lelaki plak, dengan mak.. betul tak?
(angguk-angguk seniri)


gambar hiasan, source:album saya.. hehe.. sy, mak, abah, n abg!

masa kecik-kecik kita rapat la dgn mak ayah, so nampak normal la kan.. 
tapi kalau dah dewasa?
contohnya la dalam umur 19, 20++ camtu, normal lagi tak?

bagi aku, normal je, tapi sesetangah tu tak tau la plak kan..
 lain-lain orang, lain pulak pandangan dan pendapat kan kan..

malu tak? malu tak orang panggil 'kau anak mak!'

tak pun.. nak malu apanya...dah hakikatnya syurga tu terletak bawah tapak kaki ibu..
 bukan salah pun kita berbakti pada ibu sendiri.. ibu jugak satu platform untuk kita ke syurga.. kalau kita lawan cakap mak demi kawan-kawan and tak nak orang cakap kita ni anak mak and tak berani melawan, oooo itu aku rasa salah sama sekali... 
bukan kawan-kawan yang bantu kita berusaha ke syurga tapi asyik tarik kaki kita plak ke neraka..kasar sikit ye bahasa di situ.. ampun.. ngeee~
contoh membe ajak kuar kan, kita pun cakap ehh tak boleh la, mak aku tak kasi, ayah aku marah nanti.. si membe pun cakap, alah,penakut, anak mak betul lah kau ni! 

kadang-kadang kita melatah pun sebut nama mak, ALAMAK.. 
ada ke orang sebut ALA-YAH or ALA-CARTE? silap itu makanan..

motif aku merepek ni sebenarnya......... 
tak da motif pun... lalalallala..
just nak habaq mai sikit ja...

tak perlu malu nak jadi anak mak, sebab mak yg besarkan kita, yg beri susu pada kita, yg jaga dan didik kita, yg cubit-cubit kita bila kita tak dengar cakap, yg membebel kat kita siang malam... tak pe, cuba mak kita diam dalam sehari dan tak membebel macam dulu dah, pelik kan? demam ke, sakit ke, kita plak yang risau... 
so sape2 yang tak suka dengar mak membebel tu, lepas ni mak membebel dengar la ek, 
pastu senyum kambing, konfom kena cepuk!

bagi yang dah bekerja, hulurlah duit belanja sikit pada mak ayah, konfem tak rugi, malah rezeki kau orang semua pasti akan bertambah dan bulan-bulan insyaallah cukup, macam mak ayah kita sara kita dulu, selalu cukup je...

bagi yang belajar, korang kutip la pokok duit-duit tu bagi, eh jangan jangan.. heee... bagi yang belajar dalam kurungan selalu tak ada duit macam aku ni, tolong-tolong la mak ayah kat umah..tu je.. senang kan..

lastly, nak korang baca yg bawah ni k... 
sure penah baca da kan, tak pe lah, saje letak jugak... 

Aku ada pasangan hidup sendiri...

Mak ialah ibu ku yg tersayang!!!!!!

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sanggup sembahyang JENAZAH ibunya......

Renungkanlah wahai sahabat ku!!!!

ok tu je.. maaf kalau ada yg tersinggung, ni jugak peringatan untuk diri sendiri jugak... :)



nah ni pic anak mak dan abah!!


Ashraf Salihin

awak.. awak ingat tak 24.02.2004? mesti awak ingat kan... 
hari tu juga awak nak saya jadi teman awak..
haha.. walaupun time tu kita baru form 2 kan.. gatal la awak kan kan.. haha..
saya terima awak dalam hidup saya masa awak tanya saya tu, actually saya ada juga minat-minat awak, tapi tak pikir pulak awak nak ambil saya lam idup awak..
walaupun umur kita masa tuh setahun jagung lagi, tapi saya memang suka awak.. haha..
(entry kali ni memang berbaur kegatalan yang maksima)

awak. awak. awak ingat tak, malam tu kat dewan study awak kena ketuk ketampi kat hujung dewan sebab awak bising dalam dewan.. 
haha.. kesian je sy tengok, tapi sy gelak jugak diam-diam.. :)

macam-macam kita lalui kat sekolah dulu kan..tapi kita tetap dapat bertahan sampai sekarang. syukur alhamdulillah.. 


inila si kurus saya! pic kita, form 2..
time ni kita ada citrawarna.. saya menari kat depan, awak kat belakang..
(abaikan seluar kembang saya ok?)

awak selalu jugak kena marah ngn mama awak sebab bil telefon awak melambung sebab kol sy hari-hari.. kesian awak..haha..

nak tau tak nape sy suka awak?

 

sbb sy x penah jumpa org yg makan nasi hingga ke telinga.
sbb awak pandai main alat muzik.
sbb awak tak penah skip satu hari pun untuk cakap awak syg sy.
sbb awk selalu membebel kat sy x suka makan ubat.
sbb awak selalu melawan ckp sy. haha.
sbb awak suka buat sy ketawa.
sbb awak selalu ada di cc sy susah dan senang.
sbb awak ni bising, suka gelak kuat-kuat.
sbb awak ni kaki bodek.
sbb awak ni suka teman sy shopping berjam-jam. 
(ayat awak: satu tempat besar camni pun tak jumpa lagi baju yg ayg suka??)
sbb awak..sbb..aish byk lah, tak larat nak list.. haha..




ini pic kita, form 5.. kita satu kelas untuk form4 dan form5.. camna kita boleh satu kelas pun xtau.. tapi sonok jgak..

kita harungi macam-macam kat sekolah hingga kita tamat sekolah.. 
awak dapat sambung UniKl, sy plak kat Uitm Arau..
tempat kita tak sama, kita jauh..
mula-mula memang kita jauh, kita selalu gaduh, tapi pengalaman dan kesilapan dah mematangkan kita, so kita da biasa hidup jauh-jauh.. tapi saya respect awak sbb awak setia dengan saya.. sebab tu saya syg awak.. sgt2..

sy simpan lagi tiket-tiket bas yg sy naik utk jumpa awak.. 
tada..





ni sampul kad raya masa first time g beraya umah awak..
mama awak yang kasi.. haha..




sila sengetkan kepala. haha..Iklan gigi by ashraf salihin! :)

last but not least. ni ayat awak, sy pegang sampai sekarang.


"Jarang sekali org yang bercinta temui cinta sejati. Kita berubah mengikut peredaran 
masa, masa juga mempengaruhi watak dan perwatakan seseorang. Jika seseorang itu sentiasa berubah mengikut peredaran masa, nescaya sukar untuk orang itu kekal dengan orang yang dicintainya buat selama-lamanya. Itulah sebab cinta sejati sukar dicapai walaupun suatu ketika dahulu perkataan cinta sejati pernah dilafazkannya."


saya just nak awak tahu, yang saya sayang awak selama-lamanya ok? harap hubungan kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke anak cucu.. insyaallah.. amin~

jiwang kan. haha. ta suka sila jgn baca. hikhik..:)
bai. bai.











Three Of Us

hi!
selamat!
ni hao!
konnichi wa!
aloha!

hari ni tak nak refresh back dah. tunggu raya haji taun depan plak eh. haha. tadi saje blogwalking sikit. hehe. malu plak rasanya aku baru je wat blog yang tak berapa nak besh ni, tengoktengok orang semua dah beribu followers. tak pa lah kan. baru je menapak, bertateh, sekarang baru rasa nak masuk dalam dunia blog.. 

banyak masa free skang ni, tu yang tak tau nak wat pe tuh. 20hb Dec ni aku dah start praktical... kat penang.. sorang-sorang... aish...takot.. 
tak pa..
berdikari kan..
beli nasi, beli kari..
tak da duit, gigit jari..
kan. kan.

so aku ada lagi sebulan lagi cuti.. wee~
tibatiba rasa rindu kat roomate..
leha. alia.
alia si tinggi.
leha si gelak kuat.
hahaha.

really miss u at this time!
hampa semua igt kat aku ke x eh??
tak ingat siap!


dari kiri - alia, lehahaha, aku.
tyme ni part bape ntah.
kitorg nga tggu lat bus stand. nak kuar.




ni kita kat ladang. igt tak. igt tak.



ni kita jalan-jalan kat ladang jgak. 
leha x bhenti gelak. alia tolong diamkan leha. aish. bising je. haha..


lagi. lagi.

ar ni gmbar dekatdekat. alia tgk bawah. 
dia cakap tak suka tgk camera. hehe.
leha lak bajet. kan leha?


lagi. lagi. lagi.



last one, picta ni time kta nak kuar makan kat depan matrik. 
:)


sumpah rindu gila kat korang dua.






oke. till then.


alia dianati.
siti salihah.


saya takkan lupa awak berdua!
huwaaaaaaaaaaaaa...


daa..









A Story



Hari ni mood aku sgt baek.. so aku rasa nak imbas balik zaman dari aku dalam perut mak sampai la sekarang... lagipun ni first post aku..so mesti orang-orang semua tak kenal aku..hehe...jeng jeng jeng...


Once upon a  time...


Mak aku kasi nama kat aku HANISAH...sama la ngan abah aku pun setuju ngan nama nih.. tup tup.. atok aku gadoh nak letak nama aku Sopiah.. adoiiii... tapi abah aku nak gak nama Hanisah... atok aku tu belah mak aku.. so kira pak mertua la.. tak kira, abah aku amek kata putus nak gak nama nih... ni berdasarkan yang mak aku cita la....aku mana tau hapa-hapa lagi... nasib baek sgt la nama aku tak jadi Sopiah... hahahhaha...Nama Hanisah ni pun aku rasa dah cukup antik dah...oit sila jangan gelak...ngeeee..







ini lah aku. yang kecik tu. with my sis. Kak Cah.
pstt.. nama dia pun ada problem gak dulu Aisyah, pastu nanges-nanges kena tuka Noor Fazilah.haha.



Then, mak aku cakap masa aku lahir, aku kuar terus tertiarap! aish... x sabaq nak kuar ka apa...aku lahir 9 Mac 1990..tolong igt ya! set kat reminder handset masing-masing! ha..disebabkan aku lahir terus tertiarap, aku tak tau la doktot tu tak reti ke tertido kejap ke, tak kan dia tak pegang aku kot masa aku nak jengok kuar..musykil aku...tapi tu la yang mak aku story kat aku...what ever lah! tapi yang tak syok telinga mendengar, tak manis dipandang tu, idung aku kemek! ish.. macam-macam dugaan la aku ni....masa start tengok dunia pun aku dah diberi cobaan, yayg tak leh blahnya, idung aku cuma ada satu lubang idung ja masa lahir....nasib baek muleh nak bernyawa lagi, kalau tak pot dah la... tapi sekarang aku dah ada 2 lubang idung dah.....hahaha...mak aku cakap doktot tu wat pa ntah kat idung aku bagi tak kemek balik...doktot ni memang cari pasal betul la...dah la tak sambut aku, ntah-ntah sebab aku jatuh tertiarap tu kot idung aku unik sikit... hurm...tak pa lah....asalkan sekarang dah okey! Klau tak, org panggil Nisa Kemek la jawabnya.. tak pun kalau nama Sopiah...ha elok dah la, Piah Kemek! hihiihihi....


Ok...sekarang time tadika lak...aku ingat lagi kecik-kecik aku memang tak suka pi tadika....masa firstday, mak aku mai tunggu aku kat luar pintu, mak aku hantar aku naik basikal mini ja....cian mak aku kan....tu la, tapi aku memang pagi-pagi memang suka wat akal tak mau pi tadika..apa nak jadi tadika pun dah malas dah....patut la la ni makin liat...hurm... 


ini aku lagi:)
yang malas gi belajar waktu cinonet dulu.


Awat aku tak suka p tadika aku pun tak tau...tapi masa mula-mula ja la...pastu aku dah mau pi tadika dah.....sebab dah dapat kawan....tu la kat umah tak dak adik, tak reti nak berkawan lagi..setakat main-main sikit tu boleh la, nak gi jalan umah-umah orang takot....aku ingat lagi masa kecik-kecik mak aku suka gempaq aku Cina Bisu, Cina Bisu mai! kar kampung aku dulu, ada sorang cina ni naik basikal tua, dia bisu and selalu round-round cari barang terpakai...kat belakang basikal dia ada kotak, mak aku cakap kuar umah jalan merata, nanti cina bisu tangkap masuk dalam kotak, pi jual kat siam! aku apa lagi, memang takot lah kat si cina ni.....

Satu hari, cina ni mai tadika aku...nasib baik tutup grill...tapi cina tu mai gak kat grill tu, pastu cikgu aku p geleng-geleng kepala, tu tanda "tak dak, tak dak" ataupun "takmau,takmau"... dalam hati aku masa tu memang takot gila lah... walaupun grill kunci tapi aku takot gak, aish memang penakut betoi la...pastu...pastu...aku pun nangis!!! hahahhaha... semua orang tengok aku....aku ingat lagi, rasa macam nak terkencing lam seluar pun ada masa tu.....huhhhuhhu...pastu cikgu mai pujuk aku....masa rehat cikgu tolong tambah nasi ke bubur nasi aku tak ingat, tu untuk tak mau bagi aku nangis dah.....hehehehe..... balik tu aku cita kat mak aku, mak aku gelak kat aku.......



Ada satu masa tu, bangun pagi tu memang aku set dah dalam kepala hotak aku, tak mau pi tadika hari ni...Mak aku pulak hari tu dia jek aku lain macam...(jek = ampu) mak aku ikat tocang dua kat aku, pastu dok puji2 la kata comey la hari ni..... aduh aku dah la tak mau p pagi tu...pastu dah siap, mak aku carry aku naik basikal mini...sampai tadika, mak aku sruh salam, aku pun salam, aku mai lambat, so cikgu pun sambut depan pintu..padahal memang aku sengaja melambat-lambatkan pun...pastu, mak aku tolak la aku masuk dalam sebab aku dok keras ja macam tak mau masuk... tolaktolak, aku tak mau gak masuk... mak aku tolak lagi, aku keras lagi, last-last aku panjat pintu grill tu sebab tak mau masuk... huhuhuhuh...... cikgu pun heran n terkejut tengok anak murid dia panjat grill tu....then, mak aku tak larat dah, terus bawak aku balik....huhuhu....sian mak aku... maap ye mak, masa tu adik tak da semangat belajar lagi, masih ingat anak patung kat rumah..huhuhu...sepanjang perjalanan balik, mak aku hentam aku cukup-cukup, berleter sampai umah...aku tak nangis, tapi ada rasa bersalah sikit...huhu......sampai umah and sampai malam tu, mak aku tak mau layan aku....hehehhe...padan muka aku......tapi aku wat dek, sambung main anak patung bawah tangga....miahahahha....


okey.okey. da banyak mengimbas. nak bagitau nih. hari ni raya haji. haha. kira halal lah aku imbas-imbas balik zaman kecik-kecik dulu. tak da kena-mengena kan. lalalala. okey. awak, kamu, you, whateverlah, ada story first day kat sekolah or tadika yg lucu, share dgn saya oke? 


c u next post.