HAPPY ANNIVERSARY SYG!

tik tok tik tok..
pejam celik pejam celik dah sampai anniversary kita...

selamat ye syg..
lepas ni saya mau panggil awak TOKWAN, sila panggil saya NENEK comel..
erk kenapa ada comel tu... 
ok backspace balik..
panggil NEK je..

jangan ubah N to ke T okey?
haaa.. lucah lucah!

serius balik..

duhai kekandaku... (Aih mai dah jiwang2.. ingat nak join ucapan romantis lagi ke)

tak tak..

kali ni betul betul okey..
(tolong jgn hentuk kepala aku)









tu je..

tokwan tokwan. nek mau tuntut adiah... tolong belikan nek gigi palsu yang baru ye..
gigi palsu yang lama dah patah, nek makan ikan kayu...

bye. 
"love,Nek-mu"





CONTEST MATA BULAT

Oiii kau memang takde keje.. 
sapa?
aku lahh..
aish..
terjumpa contest ini, so mau join.. 
join p lah, tak menang pun takpa, saja syiok-syiok 
gatal-gatal 
gedik-gedik..

syarat-syaratnya :
1. buat entry psal ni. (done)
2. bagi link kat cik penganjur (undone lagi)
3. pertaruhkan gambar..

ni ha...


skrg (Done)

4. Follow kedua-dua penganjur (done)
nak join klik atas tu tau..

5. Tag 3 Orang :

nak tag yang mata tersedia bulat jugak so boleh join kan kan..


now all DONE!

ok bye bye..
(boss jangan poong elaun saya, saya update belog waktu keja)
hehe..


coming soon : saya pula mau buat contest.. 
tungguuu...

webby

hai peeps!

pagi-pagi otak masih jam..
 tengok jalan penuh dengan kereta,
jalan sesak dengan orang kiri dan kanan..
oouhh sangat lah sebal...
sampai terbawak-bawak masuk dalam office..
 tapi untuk kembalikan mood, saya telah berwebcam..

maap boss, saya tak wat keje lagi, saya wat keja lain..
jangan potong elaun saya..
T_____T



1,2,3 click!
wc kat laptop saya berbunyi, caye tak?

tak kan.
mmg pun..

sah, aku da gila.





abaikan wayar yang berjuntai di belakang tuh.. 
hehe
opis tempat saya praktikal ni semak jugak..
opps maaf boss saya terkutuk pulak..

wink2!


ini aku tak tau apa motif, mungkin sedang bajet normal..
padahal otak sedang gelong..
jadi lepas ni mau kacau staff lain, dengan soklan yang banyak sehingga tak termampu nak jawap..jeng jeng jeng.. (gila ka apa)



hai, saya bukan orang gilak!
ada ka org gilak mau ngaku dia gila?
tak da kan?
jadi saya pun tak nak ngaku..
dats mean?

arrgh!
ok, bye bye. saya nak menggila..


BLOGLIST SAHABAT BPM

HAI Semuaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

woarrr sgt ceria aku hari ini..
semalam BPM cakap nak umum pemenang segmen romantis tu pukul 8pm..
pastu aku tak buka lagi sebab rasa macam tak menang pun...kejap lagi lah aku igt..
pastu da pukul bape ntah around pukul 9pm lebih camtu baru nak tgk..

ha? omg! (oh menarik gila)
termenang lah pulak.. 

lari-lari p bagitau mak..
"Mak, mak, adik menang satu pertandingan yang lam tenet tu"
"Pertandingan apa?" (dgn muka pelik)
"Ucapan Paling Romantis"
"Ha? Gatai Nya! " (dengan muka kelat)
dan......

"Dok bawak masuk gambaq dalam internet tu orang lain boleh tgk la, boleh curi la, boleh wat bagi @$$%##$% la, abah boleh tgk la, boleh masuk surat kabaq la (over gila ni). blablablabla..."

tu lah... 
adoiii kena berletiaq la pulak.. diam sat..

"mak, nak tgk tak adiah apa?"
"Adiah apa?"
"Ni ada beg tangan, gelang sabah, blablablabla"
"Laa yaka, ish betoi ka depa nak bagi?"
"Betoi la mak."
"Ar beg tangan dgn gelang tu bagi kat mak lah, topup sekali, keta tabung tu dgn reben adik ambik lah" (tersengih)

ar? ar?

"Uih mana bolehhhhhh, mak ambik kain pario ja buat pakai p pantai.."
"Hmph! "

hehehhehe..apapun thanks sbb rezeki aku termenang lak..alhamdulillah even rasanya yang lain lagi romantis dari aku dok wat ayat jiwang berjela-jela ja.. apapun tima kaseh :)

eh eh back to the topik..
nak masuk gak bloglist BPM.. 

kat bawah ni caranya :
(SAYA COPY PASTE)

Caranya mudah saja, hanya perlu buat satu entri yang mengandungi:
  1. Tajuk "Bloglist Sahabat BPM"
  2. Link entri ini
  3. Jawab soalan ini : Siapakah pengasas BPM? jangan lupa sertakan link blognya sekali.
  4. Nyatakan dengan ringkas kenapa anda mahu blog anda masuk dalam bloglist BPM.
-----------------------------------------------------------------------------------------

soklan 3 : Pengasas BPM ialah Azman Roslan.. 
soklan 4 : Saya nak masuk bloglist Bpm sebab nak tolong penuhkan sidebar blog BPM.. 
(boleh ke jwpn camtu)

hentam je lah labu....ok bye bye..

SAYA SEORANG BLOGGER YG AKTIF

salam ahad..
nak join segmen ni jugakkk even saya blogger yang tak bapa nak active.. huhu
hari-hari buka belog, tapi tak update tiap2 hari.. (pemalas kan, ngeee~)
tapi mesti jenguk blog orang lain 3-5 blog setiap kali on laptop.. 

saya join ye abg ben. ehekk..


sapa nak join lagi, klik pis atas ni okey. 
:)

okey, bye bye..

VIDEO APE TU?

lama tak update belog. lama lah tu lebih dari sehari kan..
takdak benda nak story-morry 2,3 hari ni.. 
and beruk-beng ni dok wat kacau lak.. 
sat sat disconnect.. 
sat sat GPRS.. aish..

ok sementara boleh online lagi dengan mood beruk-beng yang baek, baik aku upload video..
ini lagu-lagu yang sedang femes dulu..
tak da la lama sangat kan..
ada bau bau bacang lagi (peribahasa apa tak da kena-mengena) 
T______T

video



LAGU : BILA CINTA
Orang yang main tu sape? itu Encek A..
nanti malam-malam awak main lagu ni kat saya, konpem saya tido lenaaaaaaaa... :P



video

LAGU : RIGHT HERE WAITING
"Bang, bang.. pakai kot smart-smart nak g mana nih"
"Abg nak g ada pesta muda mudi"
T_____T


video

LAGU : UNINTENDED
masa muda-muda main recorder kat saya.. 
dah besar sikit main gitar kat saya..
dah besar skit main keyboard kat saya..
lepas ni nak main ape lak.. hehehe..
xpe saya suka, asalkan jangan main kayu tiga..
kayu tiga bunyi macam mana?

ok, have fun.. :)

love. love. love. by Cik Nicaa.

malang tak berbau.

aku ta taw apa pasai hari ni aku malangggg gila kot..
accident tadi!

ok, singkatkan cerita.

dah abes keja kat kota kuala muda, jurukur antar aku balik kat seberang jaya sebab aku tinggal moto kat hospital situ.....

aku pun balek lah.. pastu ada roundabout..

lampu ijau. then aku follow belakang kereta ni..

pastu tiba-tiba dia stop nak belok kiri.. pastu aku pun terciom buntut kereta dia......



 aku jatuh tergolek-golek atas tengah-tengah jalan then ada kontena langgar aku.. ok tu tipu.. huhuhu


aku jatuh dan sebelah kiri moto ego aku remuk.. hati aku turut remuk dan terus ego seperti moto aku.. huhuhu

lantas!

"U apa pasai?"
"U apa pasai berenti keta kat sini??" (aku marah meletop-letop dah masa tu)



"I mau kona sini, U yang bawa moto laju!"
"Sini mana boleh kona!"


tau tak kat situ memang tak boleh belok, then dia dah terlajak jalan pastu dia nak belok jugak kat situ.

"Dah u mau kona, kenapa tak bagi signal!!!!"
"Memang I mau kona, tapi I tak bagi signal" (okay, nampak tak kebodohan dia di situ? bodo ngong kan..

"Sini mana boleh kona! U dah silap jalan, U pusing la sekali lagi, sini mana boleh. kalau U mau kona jugak, bagi la signal.. lagi satu yang U berenti tiba-tiba kat sini, apa pasai???" (marah tahap babon dah aku nie)

"Memang tak boleh kona sini, tapi I tak kona lagi kan?"
"Dah U stop nak kona tu, I berlaga la U punya kereta!" cha ya nun alip ni memang nak betoi kat dia jugak..

 air mata terus jatuh.. sebekkk.. dan uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
 aku menangis tak tertahan dah..
bukan sebab aku takot, tapi sebab aku tgk moto aku remuk kat depan tu.............
.huhuhuhuhuhuhuhuhuhu


pastu,pastu dia tak mau bayar ganti rugi, dia cakap mau report-report la, I tak takut.. ISH!
aku rasa macam nak hentok dgn helmet ja!

dah la pakai skirt, aku tarik skirt dia bagi bogel tgh roundabout tu baru tau.. pastu abg sulung aku sampai lepas aku kol..

then cakap-cakap dgn perempuan tak berapa nak cukup akal tu, abg aku cakap biar je lah... kita repair moto, nak buat cemana dah..

huhuhhhuhuhu...

jadi melayang la duit aku, tapi tak pelah naseb baek nyawa aku tak melayang ataupun baju aku yang melayang...
dan yang paling penting jeans cabok yang bertaon-taon aku pakai ta koyak...

ok, tengah berkabong. moto kat workshop.
sos gamba : pak Cik Google.

tima kaseh sbb baca entry budak mata bengkak.. huhu

ucapan romantis untuk kekanda

ASSALAMUALAIKUM...

Nica mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Malu lah nak join.. 
tapi saja syiok-syiok mau try..haha..
ok.. masuk zone jiwang.. 
tapi nica nak gunakan segmen ni tuk luahkan sekali perasaan nica kat orang yg nica sayang...

(ucapan untuk kekasih)
------------------------------------------------------------------------------------------------------

INI UNTUK AWAK...

Ashraf Salihin...

awak..
diam-diam dah lama saya simpan perasaan ni..
perasaan yang susah sgt saya nak tafsirkan pada awak..
perasaan ni selalu ada bila saya jumpa awak..
hingga kadang-kadang saya takut nak berdepan dgn awak..

saya ingat lagi, time tu umur kita masing-masing 14 tahun..
berpakaian sekolah..
tinggal di asrama..
berlainan kelas..
mungkin terlalu muda..
tapi masa tu saya mula kenal awak...
mula tahu nama penuh awak, tarikh lahir awak, anak keberapa..
semua tentang awak,saya nak tahu..
masa tu jugak, awak nak saya jadi teman awak..
kata awak, memang kita muda lagi, tapi awak sayangkan saya..


cemburu..
tu je yang saya rasa bila orang lain dekat dengan awak..
especially perempuan..
saya tanya diri saya kenapa nak cemburu?
tapi tiada jawapan..
perasaan tu saya rasa hingga sekarang..
apa maksud perasaan yang saya rasa sekarang ni?

masa umur kita 16 tahun, kita satu kelas..
Ingat tak cikgu suruh kita bangun setiap orang dalam kelas dan cakap apa itu cinta?
saya bangun dan cakap cinta tu macam makan mee tomyam...hhuhuhuhu
saya tak tahu nak explain apa itu cinta..
awak pulak bangun dan explain apa itu cinta..
saya senyum je..
awak explain dgn panjang lebar...
samakah perasaan kita?

masa umur kita 17 tahun,
dah abes SPM, mula dapat tawaran masuk universiti...
kita lain-lain tempat..
tapi hati kita dekat...
dugaan dan cabaran tak henti-henti datang menguji kita..
awak sabar..
melayan saya yang menangis setiap malam teringatkan awak..
awak sanggup memaafkan kesilapan saya bila saya mula jauh dari awak.

tapi perasaan aneh tu tetap ada...
masih dalam hati saya..
apa maksud perasaan tu?
kenapa saya selalu ingat awak..
kenapa bila jauh, saya selalu rindu kat awak..
kenapa bila dekat dgn awak, degupan jantung sy laju
kenapa bila saya nak jumpa awak, saya tak sabar menunggu hari esok...

sekarang umur kita hampir 21 tahun...
24hb Februari 2011 nanti kita dah 7 tahun bersama..
sama-sama menyimpan perasaan yang sama...
saya cuma boleh gambarkan perasaan yang saya alami sekarang adalah seperti dulu..

perasaan itu, sama seperti bagaimana saya mencintai rasul saya, mencintai maha pencipta saya...
sama seperti saya memuji rasul-rasul saya..
sama seperti saya mempercayai Yang Maha Penyayang..

saya sangat mengharap jodoh kita berpanjangan...
semoga kita dapat bersama hingga ke jinjang pelamin..
bahagia hingga ke anak cucu..

saya nak awak tahu..
perasaan tu..
akan sentiasa ada dalam hati saya..
dan sesungguhnya saya amat amat amat amat mencintai awak!

ye..
perasaan tu yang  saya simpan selama ni..
perasaan tu yang susah sangat saya nak tafsirkan..
inilah perasaan aneh itu...
sebab perasaan tu bertambah setiap hari..
ye saya yakin ini cinta dan sayang...
dan saya berdoa moga-moga cinta ini berpanjangan atas kehendak Allah..
dan tak sabar rasanya nak tukar awak dari kekasih ke suami saya..

saya tunggu hari dan saat tu tiba...
doaku moga hubungan kita diredhai oleh Allah dan saya akan sabar menunggu awak tuk menjadi pasangan sehidup semati dengan saya..
biarlah kita sama-sama membina hidup yg bahagia dan berlandaskan hukum dan syariat Maha Kuasa..
kerana saya masih perlukan awak di dunia dan akhirat...

Jadi, Ashraf Salihin..
saya nak awak tahu selamanya saya cintakan awak..
terlalu banyak sehingga tak terungkap oleh kata-kata..
terima kasih kerna ada bila saya susah dan senang..
terima kasih kerna sentiasa disisi saya..
terima kasih Tuhan kerna berikan dia kepadaku..
terima kasih kerna awak adalah awak yg dulu hingga sekarang..
luv u larh!

 ini tahun 2008..kita berteduh kejap sbb hujan.. hehe

ini pencuri ati saya..


woarr... (itam nye saya)
tapi awak ttp syg saya kan.. :)
 ------------------------------------------------------------------------------------------------

tu je.. tetttt.. 
ni link blog penganjur kontest...terima kasih ye.. nica join eh..



sekian. assalamualaikum.. 
dari hati kecil Nica.. 
^.^
tak mengharap untuk menang, cukuplah awak tahu perasaan saya pada awak..
adoi.. kengkawan. sila jangannn komen.. hahhaa



MAKACEH PINK!

sape suka PINK?
kalau suka pink, sila cabut beruk-band hampa la ni jugak!
=.=
nicaa baru balik dari jumpa Encek Syg, sowiii lambat balas jejak tapak kaki ampa kat sini.. 
satgi nicaa nak jalan-jalan kat blog kowang balek, sape nak itut?? angkat kaki!

kenapa tanya suka pink? 
sebab aku pun suka pink jugakkk..
dan pink hari ni bawa luck kat aku, dapat award pulak.. 
untuk ke 444th follower kat belog pink ni...


sila sentuh skrin laptop kowang kat link atas tu tau..
arrr?
mukan mukan.. klik guna tikus tau, kalau laptop anda tiada fungsi touch skrin okey!
da lah, merepek-repek melalut-lalut merapu-meraban dah an...

okey nak tayang award.. 


tima kaceh ea..
Nur Ilyana Nadhirah Bt Mohd Asri...

muaxxx! 
love love by me..
=.=

THE MOST BEAUTIFUL PLACES IN THE WORLD.. nak p jugakkkkkk....

apa impian kowang smua?
1. nk kawen ala-ala fairy tale?
2. nak anak ramai 5-10 orang?
3. nak kumpul shawl sampai 50 helai?

opps yang ketiga maybe aku kot, 1-2 insyaallah.. =.=

dannnnnnnnnn pasti ada yang ada impian atau angan-angan yang berpanjangan lepas tengok-tengok gamba ni...
wa tunjuk sama lu okey!

eippp.. sabo la eden nak upload dulu..
da ciap pun..
cik belog syg, mucuk-mucuk cepat sikit eh loading gamba-gamba ni... 



1. Shangrila Resort Skardu, also known as “Heaven on Earth”, (pakistan)


2. The Grand Canyon (United States)


3. Cape Town, (South Africa)


4.  The Great Barrier Reef (Australia)


5.Taj Mahal,( India)


6.Canadian Rockies, (Canada)


7. Machu Picchu,( Peru)


8.Petra, (Jordan)


9.The Pyramids, (Egypt)


10.Great Wall of China,(China)


11. The Iguazu Waterfalls, (Argentina-Brazil Border)


da abes...
kowang nak pegi no bapa? 
yg penting aku tak nak g no 11, takot terjatuh tak jumpa dahhh.. 
seam.. hehe.. ok, ni source @ sos tomato yang aku amek k.. 
(http://www.dirjournal.com/) ok bubbai.. 
love love by Nicaa
 =.=

CONTEST BLOG CUN, LAWO, KEMAS :)

Gud bye Friday. 
Hi Saturday !
Hello weekend!

Sempena aku ditag oleh Asyraf tuk join kontest ni, aku join je lah ea.. 
even baru je dalam blogging.. 


ar ini penganjur nye ye...
klik banner atas ni okey!
rasa macam penganjur yg patut menang ini contest lah sbb blog Cik Syuhada ni cantek giler kot..
wana pink2 lembut gitu.. awww..

jom tengok syarat2 penyertaan :
. warganegara MALAYSIA .. ada Blog .. Follow blog Cik sue .. Tag 4 org rakan .

Tarikh tutup 30 Mac tau. sempat lagi sesapa nak ugrade atau kemaskan blog taw.

so Nicaa nak tag :


suda, enjoy holiday!




Saya dan anak-anak.

umo aku baru nak masuk 21 tahun, bulan depan tapi dah ada 8 orang anak?
 insyaallah bulan 4 ni tambah lagi sorang.. sembilan?

omg..
 (OH MENARIK GILA) 
=.=

nak tengok tak mereka-mereka tu?
oke, kita mula dengan yg sulung eh...

1.

nurul marsya..UPSR candidate this year.. gudluck my dear..


2.

nurul Alisya..9 years old..sgt suka make-up..maybe jadi like my sis, mak andam when grow up.. 
btw, awat gaya sama ja? =.=

3.

Irfan(tengah).. wroarrrr... nakal.. hehehe.. beselah.. baru la nama jantan kan kan..

4.

Alif Syazwi.. kecik-2 da graduate an... good boy :)

5. and 6.


right : Nurin Aina Balqis and Nurin Aina Sofea.. comel an..

7.


Mohd Darwisy Umar.. 3 years old plus plus.. ayat yang selalu dia cakap : sok abg nak p taman menan..tanpa jemu ulang ayat yang sama tiap-tiap hari.. huhuu...

8.

Mohd Dany Uzair.. Da boleh berjalan... triple hyperactive... huhuhuhuhh

okey yg ke-9 nelom kuar lagi k... masih dalam pembikinan.. hehehhe...

and last last last THEY ARE ALL MY NIECE merangkap anak-anak abang and kakak saya... 
Acu sayang kowang lah !

bubbai!