Happy Mid-Sem

hai. rasa macam langit mendung, berbahang nak hujan je malam ni.. maybe sebab aku update belog kot. esok eden balik kampong weyhhh.. ohoi.. seronoknya dalam hati.. padahal baru 5 minggu tak balik rumah.. 5 minggu??? omg.. paling lama eden bertahan tak balik umah pun 3 minggu ja..

buat sambungan entry lepas, selepas kehilangan handphone, aku rasa memamg memang memang a big lost..
benda yang aku paling sayang. even selalu hang dan buat aku rasa nak baling ke tilam. tilam je la. hehehe
so, starting hari tu:


  • aku hilang record period yang dah aku simpan setahun lebih, bukan apa, senang nak pantau period aku teratur ke tak, lambat ke, terlebih hari ke ape ke, ada apps yang boleh install dari Play Store, ada yg mcm haremm, tak betul langsung. dulu aku pakai PinkPad apps, ok la accuracy dia dalam 2,3 hari.. ok la..lagipun dulu aku punya doktor cakap, record date dtg period sebab nanti if ada masalah, doktor boleh buat analysis berdasarkan record tu. apa benda aku ni dah macam tgh buat thesis pulak analysis2 bagai. 

  • aku juga hilang diary. aku memang old school, suka catit diary especially tarikh aku kuar date. poyo betul kurasakan. dah ni dah hilang aku rasa mcm bila last aku jumpa dia, dilema sekejap. nak ikut otak yang ngeng ngeng ni, tarikh2 memang tak boleh hadam, tapi sejarah aku A. tetiba.
skarang aku rasa ok dah kot hidup tanpa smartphone.. *ayat ni boleh pakai 5 minit ja*

3 minit berlalu,
2 minit berlalu,
1 minit berlalu,

tetttt.

ok tukar ayat, sebenarnya aku rindu, rindu nak beli phone baru.. hahaha
bang, I phone 5c plish, 
tapi mcm lambat lagi je nak beli phone baru. :'(

takpela nisa. kau kan tabah. apa de hal kan, online guna laptop. amek gambar syok seniri guna webcam. kelas kau.
tapi chrome pun dah ada Apps. nak hengok tak.

ini je ai baru install. boleh install apps lain dekat Store.
kelas kau jah.

camera 360 pun harus lah ada untuk menipu diri seniri.  muahaha.. ok bai. 
selamat bercuti kengkawan.


hello final semester

oh hai. lama tak update. *ayat common bg setiap permulaan entry ai*

ai rasa kepantasan menaip ai yang 1672 words per minutes tu dah berkurang, jari jemari ai pun dah cramp habeh. keyboard pun dah berkarat. okay over.

skarang ai dah final semester dah. yeahhh semester 7. takut pulak bila dengar. 

sem ni kelas tak banyak, masa untuk tidur memang banyak. 
sem ni jugak rasanya sem paling tak best sekali. sebab tiba-tiba ai dapat kolej (hostel) lain. before ni stay kolej anggerik dah dekat 2 tahun, tetiba tukar kolej mawar. tapi apa-apapun bersyukur sebab dapat jugak kolej. jadi sepanjang diploma dan degree ni, ai tak pernah duduk rumah sewa. then, ai tak pernah rasa peritnya nak bayar bil rumah sewa setiap bulan. 

ai punya thesis a bit susah la, mana ada thesis senang kan. so, rasa macam bakal jadi gelong2 jugak la dekat dekat nak habis belajar ni. 

phone ai pemberian cik tunang 2 tahun lepas pun dah jatuh ke dalam tasik bersama memory card 8gb dan gambar dalam memory card yang hampir penuh. menangis tak berlagu. dah la tercampak kat kolej lain jauh dari geng2, phone pulak dah mati lemas, boleh bayangkan tak betapa sadisnya hidup ai. boleh bayangkan tak betapa banyaknya masa ai tidoq kat bilik. boleh bayangkan tak kekerapan ai cakap dengan dinding. ok sudah sudah tak payah bayang lebih-lebih sgt.

yang penting skarang, sem ni ai nak fokus betul betul pasal thesis *macam tak boleh pakai ja ayat ni*
nak tengok ai punya jadual? 
ha tengok tu berlubang lubang sakan. dah hari khamis jumaat sabtu ahad tu ai melangut je la wat thesis. habes boring ai buat tik mata lak. sem ni ramai yang keja part time. kenny rogers la, catering la. ai? macam interested, tapi ai macam risau jugak sbb thesis ai ni macam susah. takut tak pandai urus masa. ai ni kalau 2 in punya keja, haremmmm sikit. muahhahha

ok lah, ai nak g mandi. balik kelas tak mandi lg, padahal lecturer yang ponteng kelas. tak tahu ke ai begitu semangat nak belajor ni ha.. ok bai. jumpa lagi. tatatatatata

BBQ

cerita ni dah basi. tapi apedehal kan. haha. sekarang ni sangat busy dengan thesis. sangat lah mengkucarkacirkan hidup gua. tapi terpaksa wat lek cool selambe habes menghabiskan sisa-sisa semester ni dengan thesis Chapter 1,2 dan 3. Sem depan proceed dengan result je.
ok lah bukan tu yang nak cerita.

before cuti seminggu haritu, ex-classmate kami ada wat bbq. saje je nak mengeratkan silaturrahim katanya. jom tengok gambaq.


kitorang wat bbq time malam. ni baru setting arang. setting?
antara makanan yang ada malam tu :
- ayam bakaq 
- hotdog bakaq
- coleslaw
- cocktail
- bihun goreng
- puding karamel
- wedges
-air sarsi

dan saya cuma datang main buaian dan makan. bravooo *clap3

mereka. membakar. beramai-ramai.

dan menghabiskan juga. haha

biar sampai tinggal tulang ya.

lepas kenyang makan makan. main game pulak.
time ni main game botol beracun.
duduk dalam bulatan. pasang music. music berhenti, botol pun berhenti passing. 
org tu kena ambil kertas kecil dalam botol dan buat apa yang disuruh dalam kertas tu.
kalau cium tiang, cium tiang la kau.

ini pulak main sub teng. satu seni pertahankan diri. i guess. haha


dan game last, ikat belon kat kaki. pastu tangan kat belakang, pijak belon kawan sampai pecah. dah pecah kiranya kalah. 

tema malam tu, merah. and saya terkeluar tema. 

ni la semuanya. 

ok straight je cerita. lately ni, agak moody, maybe cuti seminggu tak membantu menghappykan saya. 
hujung bulan ni dah final. 
get ready to struggle habis-habisan. sekarang wat lek lu tdoq lu kan.
anyway. good luck. 
bye :)

Mid Term break yang dah lepas.

Assalamulaikum.
hai.jumpa lagi lepas seminggu cuti mid-sem. lambat betul update. sampai nak cuti lagi dah. ihik

nak update belog, tapi online pun kejap2 guna phone abah. so tahan je la sampai balik kolej.
ecececeh ayat macam banyak la hal nak di-updatekan.

haritu cuti, saya tak bercuti di mana-mana , tak keluar pun dari penang pun..
gi makan-makan depan pantai je.. lepas makan, balik terus. menarik tak? -.-'
tapi sebabkan pi dengan sang tunang, makan saja pun terasa sangat best. Sang? bunyi macam sang kancil dan sang buaya pulak. kalau macam tu saya la sang kancil yang cumil itu, tunang adalah sang buaya darat. gurau gurau.

disebabkan tunang suka menangkap gambar. jadi saya menjadi mangsa tangkapan gambar. *keling

hai, saya 23 tahun. masih main anak patung. 

hari kuar tu, saya masak sikit spagetti, sos buat sendiri. konon macam pandai. dulu penah buat guna sos prego, tapi macam tak best je rasa. macam la..

pastu saya pun search segala bagai resipi kat internet, buku resipi, buku hutang, dan tanya makcik sedara resipi sos spagetti yang terbaik.
ok, tarik nafas... sangat bersemangat subuh tak tidur balik dah, terus masuk dapur dengan semangat membara. ok over.
then, try la, kemudian, terlupa nak beli pati tomato, kemudian sos spaggeti saya tidak masam. dan tidak sedap.

lepas tu hentak-hentak kaki tak nak bawak untuk tunang, then mak cakap bawak jugak. sedap tak sedap takpa, bawak ja, dah masak.




lepas tu saya pun bawak.. gi setting2 tempat depan Pantai Batu Feringgi. saya gi hari Ahad, so ada la orang..
tapi orang tak berkelah bawak spagetti, mereka mandi manda, naik banana boat dan naik payung terbang yang ikat kat bot tu, apa ntah nama dia.


pastu display spaggeti kat tunang, hurm.

"macam kuat sikit la bau daging ni syg", sang buaya cakap.
"uwaaaaa tak reti buat, tak yah makan la, nanti tak sedap, kita gi beli makanan lain nak dak?", balas sang kancil.

"tak payah, kita makan ja, meh nak rasa", sang buaya.

kuat tak kuat bau daging, tunang melahap spagetti tu dua kali tambah, pastu mintak nak bawak balik.. terima kasih jaga hati saya.  muahahaha.

ok sudah la, banyak pula bebelnya.

dah kau kenapa sampai terpejam-pejam mata. 
well sang buaya saya seorang pelawak, suka buat saya gelak. uhuk. lebiu sang buaya. 



bawak teddy bear anak menakan semata-mata nak ambek gambar. pulun tak pulun. muahaha.

k bai. selamat mengundi ya. yang tak cukup umur lagi, sabaq-sabaq la noh. ihiks.





Burung dan Kerusi.


Assalamualaikum. sabtu again. again again and i'm still here, depan laptop, korek hidung
cepatlah hai sabtu minggu depan, nak balik ni, tak sabo menyabo dah ni. rindu sangat dah pada famili, tunang , kucing, dan ayam piru yang baru dibela oleh abah. ayam piru? godaila godaila.



ini bukan ayam piru. ini makanan yang saya makan semalam. selalunya bila makan yang lebih dari rm10 pada siangnya, malam tu saya tak makan dah. haha. sebab? financial planning. haha


ini bukan mknn saya, mknn puan leha. hamboi.. tapi apakan daya, saya perut nasi, tak boleh tahan napsu nk makan nasi jugak.



ini sizzling noodle yang hmm not bad, walaupun mula-mula gua tengok, mcm mee n kicap je. belum cuba belum makan. belum makan belum kenyang, belum kenyang, belum menyesal makan banyak. begitulah seterusnya.

kelmarin juga, macam-macam berlaku. sudahlah jatuh ditimpa kerusi, burung pula berak atas kepala.


pagi kelmarin, seawal 9 pagi dah gerak ke IPD untuk hntar surat permohonan nak g interview.  nak kata settle, settle hantar borang je, then, tunggu dorang call sebab nak  interview org kerajaan ni, kena ada procedure yang kita kena ikut.

then, tengahari lapar terketar-ketar, jadi singgahla Plaza Masalam. park motor kat luar dengan sopan santun.
buka helmet pun dengan ayunya.
*kelepek*

dalam hati, eh bunyi macam tahi burung jatuh.
dan,
rasa macam atas kepala orang,
dan,
rasa macam kepala aku.

haaaaaaa? terus jerit dan hentak kaki kat situ.
"weyy tengok sat ada apa atas kepala ni?" daku jerit jerit kat kawan2.

dengan kelam kabut, mereka 3 orang keluarkan tisu dan lap, dengan muka serius dan cepat2 lapkan.
selesai lap, mereka pun, senyap seminit, dan HAHAHAHAHAHA kuat2 kat daku, ciss. kurang asam.. haha.
dan kurang ajar itu burung, tak nampak ke daku yang berbaju kurung dan bershawl bunga2 di hari jumaat yang indah ini?
ish, buat dosa kering betul burung ni. ingatkan tahu buat tahik je.

terus pegi toilet dan basuh shawl sebersih-bersihnya, guna hand wash dan keringkan. huhuhu.
dan pegi makan, haha. cuba lupa kejadian tahik tadi. makan dengan tenang. sudah selesai makan, bangun,
*kelepek*
bukan tahi burung, kerusi pulak jatuh. nasib daku tak jatuh. rupanya kawan saya sangut beg dia kat kerusi saya.
jadi, sebagai langkah meng-cover malu, saya pun gelak, HAHAHA,
padahal dalam hati
-.-"
dan balik. penat sangat tertido beralaskan lantai, tak sempat panjat katil.
kemudian tunang telefon,
tido ke? eh tak la, tak tido. hahaha
oh hai cik tunang, stalk blog saya ke? hikhik.


dan kucing ni datang bilik, naik atas riba, dan peluk kaki. alahai. thank you kucing, terlupa tadi pasal tahik dan kerusi.

lepas ni, nk pakai je helmet kemana-mana. ok over tau. babai. selamat berweekend.
yeayy sabtu depan saya di rumah dah !

ok over lagi. bye.


sebelum kerusi jatuh. -.-''

Suatu Masa Dahulu

hai. ini bukan tajuk dokumentari atau tajuk filem dekat astro k, biasa tajuk nak gempak saja, entry ke laut..

hurm, macam biasa cuti, stay kat bilik 24 jam tambah tolak 2 jam untuk turun makan dan pegi jamban. Jamban? klasik pulak sebut jamban.

dan macam biasa jugak, saya ada banyak asignment, siap ada task untuk pegi interview bagai kat IPD bahagian siasatan jenayah. mohon dia tak gari saya kalau saya tanya soklan pelik-pelik seperti :


"tuan, kenapa ye, kalau pegawai polis je, kena muka bengis, suara kuat2, misai panjang, dahi berkerut?"

atau,


"tuan, kalau saya nak masuk polis agak-agak ketinggian saya cukup tak? taklah rendah sangat 145cm je"

lepas tu conform kena gari aku, tidoq bertilamkan lantai, berselimutkan dingin. jangan lupa plaster mulut saya, kalau tak saya nangis tengah malam kuat2.

ok ok, back to tajuk.. tak tahu kenapa weekend ni,  asyik teringat masa kecik-kecik dulu, alahai. 
seronok rasanya. 

walaupun mempunyai tabiat yang pelik iaitu suka main anak patung barbie bawah tangga, susun pinggan mainan dekat atas tangga, lepas tu tak bagi orang naik tangga sebab nanti kena mainan tu. aneh betul daku. kenapa suka sangat bawah tangga. -.-''



lagi satu, tabiat yang pelik. suka makan atau ratah lauk dalam piring. apedehal? dah tu sambil makan baring macam orang malas nak makan. ya allah. bila ingat balik, kenapa budak ni pelik sangat. 

zaman suka merajuk, sikit sikit tereyak, suka kena buli dengan abang dan kakak. huwaa. kecik kecik memang tak suka, tapi bila besar teringat balik. alahai rindunya kecik-kecik. tengah-tengah jalan, abg tarik seluar, pastu lari report kat mak, abg potong rambut daku time tengah tidoq sebab nak sambung kat rambut dia, kakak suka tarik tarik rambut, buli basuh pinggan banyak banyak, cakap bahasa rahsia yang kononnya daku tak paham, misalnya:

"hamarini, dimiyama amajakmak jumumpama katmat semekomolahmah, jamanganman bamagimitaumau katmat makmak" 

sembang antara kedua kakak2, konon tak nak bagi daku paham, padahal paham ja. muahaha


ada lagi setahun lebih sikit untuk merasa hidup bujang terangtangtang, dah tak boleh malas-malas dah, kena rajin,
- rajin bangun awal (kalau tak bkl kakak ipar report kat mak mentua), 
- rajin buat asignment, apa kaitan asignment dgn kawen -.-'',
- balik cuti mid sem kena rajin belajar masak, kalau tak laki daku nak makan apa nanti. 
- lagi rajin apa lagi ek? tu je kot, yang lain dah sedia rajin dah. buahahha, seperti rajin merajuk, rajin     membebel, rajin termenung, rajin makan dan pelbagai lagi kerajinan. heh.

ok la, nak gi mandi, iklan je ni. duniawi semata2. mandi selepas makan? ok, ini pun kena ubah. huaaaa

bye, selamat bercuti. ahad kan. bye2

15 Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum..

hari ni hari jumaat, dah kerat kuku kalian semua?
"dahhh...." sayup-sayup kedengaran suara pembaca blog Cerita Hati. Sambil mengunyah makanan yang penuh di dalam mulut, malah mata mereka masih tepat mengadap tepat ke skrin laptop.. tudia ayat, nak novelis habis. puii.

kelas saya petang ni, pukul 3.. jadi masih sempat utk saya update blog skejap.
bersempena hari jumaat, saya ada 15 tips dari ustazah Siti Nor Bahyah.. 
mai tengok sat, kot2 ada amalan yang belum kita praktikkan, kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian. bukan hari jumaat je k.. setiap hari pun boleh..
salah satu tip untuk murah rezeki ialah membantu penuntut ilmu, jadi saya juga salah seorang penuntut ilmu, dan sapa2 rasa nak bg murah rezeki tu, boleh lah bantu saya, pm saya, nanti saya bagi nombor akaun bank.. muahaha.



ok, selamat berjumaat semua dan selamat menambah amalan ye.. hidup kita sekali sahaja, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. penuhkan jadual kita selain menuntut ilmu, atau bekerja dengan beribadah kepada Allah.. hehe. pesanan dari ustazah Hanisah. hikhik

Weeeee-kend.

weekend. weekend adalah hujung minggu. faham anak-anak?
*angguk* 
bagus. 
selain dari balik rumah, hobi saya juga adalah buat benda yang tak paedah. -.-''
contohnya seperti bangun tidoq pukul 1 tengah hari. (mohon future mak mentua tak baca)
dan kemudian terus melahap nasi. 
kemudian mengadap laptop. 
tapi tapi tapi. jangan pandangku sebelah mata, walau ... *tak ingat lirik lagu kak Anita*

sekarang tgh plan nak wat task yang mana satu dulu ni. 

ini adalah timetable saya. hari rabu takdak kelas.
 jadi hari rabu adalah hari untuk jumpa lecturer untuk hal-hal thesis. 

dan weekend adalah hari untuk balik atau melangut di bilik. itu sahaja pilihan yang ada. 
minggu lepas dah balik rumah, jadi minggu ini adalah untuk melangut.

melangut sambil-sambil buat keja sekolah. 
ok selamat berweekend ye kawan-kawan. 
seronok la sapa dah keja, takdak keja sekolah. fuwfuw.

E-Day Part II

assalamualaikum..

*menguap*
hari ni saya makan nasi penuh pinggan, lauk ikan termenung bapak besar tak muat pinggan, sayur bunga puas kutip dari tomyam punya kuah dan sambal belacan yang tak sedap. RM4.30 tudia cekik darah punya kafe. Air tak minum, sejam kemudian baru ingat yang air tak minum lagi.

okay bukan tu sebenarnya saya nak cerita.
tengok tajuk pun dah tahu kan. Part 2. Bukan kali kedua bertunang ye kawang-kawang. Ini cerita majlis tunang lagi. sabar ye, I masih tunang-mood. Kalau orang dah kahwin, boleh la pergi honeymoon kan, I lepas bertunang, pergi masuk kelas. Memang la I tido dalam kelas walau lecturer bengis macam sang naga. Sedar-sedar dah masuk lecture ke dua. Lecturer pun dah tukar. Aiyaaa tepuk dahi.

ok kita tengok gambar-gmbar untuk saudara sebelah encik tunang saya. *pujuk-bakal-kakak-ipaq-yang-merajuk-tak-letak-gambaq-dia* muahaha.

gambar di bawah menunjukkan gambar yang tidak diubahsuai oleh jurugambar.
saya-memang-suka-buat-ayat-bomplastik-sila-layan.

sebelah kiri tu bakal mak dan ayah mertua. 
sebelah kanan tu mak dan abah saya.
saya akan sayang mereka sepenuh hati saya. hikhik.
oh hai ferrari  ferrero rocher, saya dah habes makan awak. sorang2. lalala


waaa my MIL sangat ayu duduk sedemikian. 
*PC kat belakang tu patutnya saya masukkan dalam muzium di loteng rumah, apa yang dia buat di situ. kalau jatuh atas orang, boleh pengsan tahu.  

 dari kiri, Ana, Ak dan Anyah. Triple A.
Mereka ni adik beradik tunang saya. 
*hai pakcik kat belakang, jeles la tuwwww*

okay yg baju hitam dua-orang tu single lg k. yang merah dgn peach tu lagi single. kehkeh.

ni awat dok kepit kain pulak ni. spoil -.-''


oh hai eyebag saya. tak tido semalaman sebab takut. boleh tera tu. 




err kanan ini sepupu kesayangan tunang saya. kiri itu kesayangan saya. 
amboi depa 6 pack noh. kihkih

ini sepupu tunang saya jugak. mereka kembar. saya tak tahu mana najib mana nabil.
 jadi kalau panggil, saya panggil najibnabil sekali gus. 

dan ini adik tunang saya. 

tapi sedey tak da gambar dengan adik tunang saya lagi dua orang. Awa dan Adik.
saya tak da adik. sekali dapat free adik 4 orang. puas hati. haha

ok la, saya nak beradu sudah.
Part3 tak ada dah kot. ni je yang rajin saya uploadkan. muahaha. 
ok, assalamualaikum dan selamat malammm.. :)


My Engagement Day

Assalamualaikum...

hari ni hari ke-8 menjadi tunangan orang. tak boleh dah la nak merepek di blog. *ok tiada kaitan*
tanggal 9hb Mac 2013 merangkap hari lahir saya, saya telah sah menjadi isteri tunang orang.
okay, tetiba saya terasa tua sebentar. waimapun begitu, saya tetap meneruskan pelajaran saya sehingga tamat baru lah saya ingin berkahwin. *puitis dowh ayat kau, makan batu nak? -.-'

*mood serius*

kami bercadang (saya & encik tunang) bercadang kawen lepas tamat belajar, so setahun lah ikatnya. Tapi we just planning je dulu, kalau Allah nak tempoh tu jadi lebih dari setahun, tak boleh nak tolak la kan. kami just follow the flow. Step by step. Tak nak kelam kabut. Slow and steady okay anak-anak sekalian ?

alhamdulillah. kami plan nak bertunang sejak tahun lepas, dan persiapan untuk majlis dirancang seawal bulan 11. nampak nau pulunnya dahku. Selain dari saya yg pulun, mak saya juga begitu. Kehkehkeh. Sejurus lepas saya bagitau mak, ada orang nak masuk meminang, lantas mak saya terus berbincang, makanan apa yang nak disediakan, khemah dari siapa yang nak disewa, dan sebagainya. Sehingga kadang-kadang saya merasakan mak saya plak yang ingin bertunang. hehe, apa-apa pun, mak saya menjadi Engagement Planner saya. erk. Tima kasih mak. *lap hingus, hijau pulak tu*

ok, mari ke segmen gambar, jangan kemana-mana nantikan selepas ini. *iklan*


ini gambar dari photographer. versi editted. 



ini bakal mother in law saya. terima kasih mama. *praktis panggil*
kasihan MIL kena tolak sekuat hati cincin masuk ke jari saya akibat pertambahan isipadu lemak. 
ampun mama *praktis lagi*


itu tunang saya dan kain saya yang merebas-rebas dek angin. 


Hai. nama saya Ashraf Salihin. Saya tak sangka saya bertunang dengan si doraemon ini. -.-''



terserlah kekecikkan saya disitu. dan comel. 
*goyang kepala cecah bahu sambil nyanyi lagu sayang by shae*



okay ini barisan bala tentera yang ada di rumah saya. 
saya Acu.
 ini semua anak saudara yang sangat2 saya sayang. 
*tabik hormat please*


ini kakak-kakak saya dan kakak-kakak ipar saya aka wondergirl ataupun wonderpet malaysia. 
muahaha


*iklan habes*

sekian saja dari saya,blablabla melaporkan dari channel Astro Riang Ria Raya. 

sebelum tu terimalah gmbar serius dari kami, barisan nasyid yang terhormat. 


step-step utk gmbar ini :
1. berdiri tegak
2. muka toya
3. pandang camera
4. tahan nafas
5. kentut untuk lebih berkesan

ok sekian, assalamualaikum. terima kasih kawan-kawan yang datang. lebiu. kish2.
see u again :)



Malacca Part 2

hari ni buang tebiat. pagi pagi buta bangun terpikir nak update blog yg telah lama dilupakan. kadang2 baru teringat, ohh aku ada blog rupanya..
bangun pagi seronok sebab esok dah nak balik bercuti sem selama seminggu. cuti sem iolss seminggu je.. sobss.. *tarik hingus*

tapi sepanjang kat sini, saya rasa ni survey camp plg best. sbb saya dapat group members yang sangat best. buat pengetahuan kalian, setiap hujung semester iaitu pada waktu cuti sem, course saya akan mewajibkan kem ukur yang dijalankan di uitm bandaraya melaka dan credit hour utk subjek ini adalah 4.0.. *ayat skema plak la eden ni*

so, setiap cuti sem saya terpaksa relakan masa saya rehat kat rumah dikorbankan. takpelah kan. dapat ilmu. pujuk hati la ni.

tapi kali ni rasa cepat sgt masa berlalu. macam tak sempat nak gi jalan jalan. bhaha.. xpe sem depan ada lg.. hikhik.


ini group members saya. tapi sorang tak cukup..


cantikkan melaka.


utk kali ni. ada dua subjek. hydrography dan engineering survey.
hydrography tu mlibatkan pengukuran kedalaman. mesti la kat laut kan. takkan kedalaman tanah kan. hehe
engineering pulak, task kitorang nak setting out building dan buat road curve. i mean buat curve utk jalan.. ok bukan senang ye nak design jalan.. selama ni belajar je kat kelas, kali ni baru merasa betul2 situation nak design jalan. phewww.
*dah macam testimoni pulak aku rasa.

erm ok lah. i rasa macam nak sambung tido, bhahaha. i tido dulu la ye.. pukul 9.30 i ada pjumpaan ape ntah.. hari ni submit report dan boleh la jalan-jalan kejap. jalan-jalan dalam bilik.. i memang takde fulus dah ni. tinggal bulu idung je. huwhuw.

eh dah lambat. tido dulu. nyiauuu.. :)
posted from Bloggeroid