Cerita Interview.


"Puan patut pilih saya sebab saya tahan maki, lasak, selalu senyum walaupun di maki hamun oleh pelanggan, saya seorang yang penyabar dimana pelanggan boleh berpijak-pijak di atas kepala saya, dan juga saya rela bekerja lebih masa selama 31 minit.. jadi lebih baik Puan ambil saya di antara 250 orang yang datang ni, sebab saya jamin Puan akan menyesal seumur hidup Puan sehingga Puan tidak dapat makan nasi selama 2 hari 3 malam. Terima kasih. "

Itu bukan jawapan yang aku bagi masa interbiu tadi.

Jawapan yang aku bagi tadi... eh mana leh gitau, malu ar.. hikhik
rasa macam masuk dalam mesin basuh, pastu pusing sendiri (masuk bakul angkat sendiri lah tu)

hehe, susah betol otak tengah bengong ngong ngong camni, tu la org tua-tua cakap jangan tido lepas asar, tapi tido jugak an.. 
bangun-bangun tgk pukul 6.30, ouh da subuh rupanya. 

sebenarnya, dragon ball ada 7 biji semuanya (penah dengar kan, era 1997)

lama x update blog, sebab tiba-tiba mengada-ngada-ngada terok sebab tak jumpa mamat bawah ni.
so dia dengan rela hati dia dtg menemani sy interbiu di Majlis Perbandaran siang tadi.
kekosongan 3 orang, tapi yang datang 250 org..
gila betoi.. terus down semangat.

tapi dia tunggu di luar, so semangat dtg balik.. hikhik (encek A, sila jgn perasan okeyh)


lepas abeh interbiu, terus p makan ais kacang kat jusco :P


org pakai oren, dia nak pakai oren gak!
aish.. haha...


maseh ye, temankan pegi interbiu... nanti teman lagi tau...

"abg tunggu dgn kasih sayang ye...."
"kasih sayang pun dah melayang ayg oi tunggu berejam-rejam"

hahaha..
kesian..
x..
x kesian pun :P

hehe..
pe2 pun..
maseh ye, lebiu lah...






Update : Zulila's Beauty Make-up =)

Assalamualaikum..

Sebelum tu, sy nak inform yang kakak sy iaitu (Noor Fazilah) is a freelance make-up artist.
So, sape-sape yang perlukan perkhidmatan make-up yang affordable, fantastik, 
fast and furious, dan cantek2 boleh la contact sy or my sis ye..


Mak Andam dan her son.

Zulila's Beauty menerima tempahan make-up bagi pertunangan & perkahwinan, party, dinner, convocation,or any event.

bukan itu saje ye, Mak cik Limah, Mak cik Tipah yang nak jadi pengapit boleh juga minta perkhidmatan make-up kakak sy okey.

tak lupa juga yang nak melaram-laram pergi dinner atau kenduri kendara pun boleh ye.

Haa, Mak Usu Mail Ngok Ngek kalau nak make-up pegi tengok cucu potong cukur jambul pun boleh ye, jangan gundah gulana ye Mak Usu Mail Ngok Ngek Sekali Ketuk Kepala Kemek :P

okey itu saja, 
(sure kena lempang laju-laju-laju oleh kakak aku nih tak reti nak promote, tehee~)

okey jom tengok gambar kat bawah ini okey.



make-up utk pengapit


make-up utk pengapit


make-up utk pengapit


make-up utk pengapit


make-up utk pengantin


make-up utk wedding resepsi malam :)


make-up utk pengantin


make-up utk pengapit


make-up utk pengapit

make-up for majlis bertunang, ini cousin sy.
:)



anda risau kerana jerawat-jerawat anda kelihatan?

anda malu tidak dapat menutup cela atau kawah gunung berapi yang ada di muka anda?

anda kurang yakin kerana merasakan hidung anda tidak cukup mancung atau penyet macam saya

anda segan kerana mata anda kurang menyerlah/orang tidak sedar atas kewujudan mata anda?

Zulila's Beauty ada penyelesaiannya!

(wah dah macam iklan Anda Mahu Kaya?? dalam Flyers yang kita selalu dapat kat celah-celah surat khabar pulak. hihik.. okey, kali ni memang betul2 kena lempang oleh kakak hamba)


PENTING YE !
- servis make-up terus ke rumah anda ye...
-caj dikenakan mengikut kawasan...
-CAJ :
majlis bertunang : >RM100 

majlis akad nikah : >RM150
majlis persandingan (kahwin) : >RM200
or any event : depends.


tapi semua affordable lah, servis hingga ke rumah+hasil make-up yg gerenti puas hati kan kan kan..:P




itu saje ye, kalau nak, harga boleh runding ye.... :)
contact saya di SINI or kakak sy di SINI tau tau..

jangan mintak perkhidmatan sy ye, sy pakai eyeliner pun tak reti.. haha
betul2 tak mewarisi bakat kakak sy lah.. haha

bye bye..



Itupun Nak Paksa Aku 'Like' Pesbuk Kau.

aku pun tak tau lah, macam2 skang nih.

dulu masa mula-mula wat pesuk, ramai sangat yg request, tau x sebab apa?
sebab aku letak nama NISA IN. aku pun tak paham ,apsal nama tu macam nama owg indon ke, then ramai sangat owg INDON request.

huhu..
sbb nama tu ke?
atau sebab muka aku pun macam owg indon?
uwaaaaaaa....

pastu aku pun tukar nama, letak nama penuh macam dalam surat beranak tu,
so x de dah owg Indon add aku, and aku pun dah remove semua-semua yg aku rasa owg Indon lah.

but maybe terlepas pandang yang sowg nih...

satu hari dia........


see?
suruh like status dia.

aku pun p la tgk, 
xda apa2 pun,
yang ada "Aq cinta dia"

what?
itupun nak paksa aku like....


huhu
macam-macam ragam owg nih.
:(

Kau Sakit, Aku Lagi Sakit

hai.
hello.
hai.
hello.
hai.
hello.
(okey, ini mintak plempang ulang byk kali)


syg ku kucing saket...huhu.. apa patut aku buat..
dah 2,3 hari dia x boleh makan, mulutnye saket..
maybe terlekat tulang ikan..
huhu..

ada sape2 bole bantu tak nak wat cmne, 
ptg tadi aku and mak aku ikat tgn and kaki dia,
 sebab dia menggelupur bila nak buka mulut dia, 
so kami ikat, and mak aku buka mulut dia, tu pun susahhhhh sangatsangat...
plus dia kelupur-kelupur tak boleh nak tengok, 
tak nampak pun tulang ikan tu, tapi lidahnye senget ke tepi, 
maybe tulang tu lekat kat gusi or lelangit kot..entahlah..


 ini teh. sebelum dia saket.



okey. ini tuan dia yg saket. Now Teh da x bersih sbb lidahnya saket. :(


ini mone. bukan monalisa tau. mone. mone. 
dia sehat walepatliat je. huh, gemok! 

Teh sakit, aku pun sakit,  nak bawak ke klinik haiwan, x de sape nak bawakkan, 
abah x larat bawak kete, 
takkan aku nak bawak kucing nek moto kot,
 mampus dia terbang terjun dari moto..


sape2 ada petua tak, ada org cakap titiskan minyak kelapa kat mulut dia, 
tapi smpai skang Teh tak balikbalik, merajuk tadi ikat tgn dia..

:(
mlm ni tido dgn gemuk mone saja..

Belajar Buat Chocolate, Sape Nak?

hai semuaaaa

mai dah sawan mood baik dia. ngehngeh.
rini aku belajar wat LOLIPOP OREO, CHOCOLATE ALMOND CUP, and BUBLE BAR.

hehehe.. anjuran KPW kampung aku. 
First kena bayar RM20 tapi da abes belajar dowg ckap free.. hehek.

pukul 2 ptg mula, bengkel tu terletak di (skema gila ayat) kat sebelahhhh umah aku jep. so aku pun kuar awal sbb nak jalan jauh kan. 5 minit lepas tu sampai lah aku di bengkel tersebut (skema lagi)

belajar belajar. so dah ciapppp...

nak engok gamba x.. nak engok x.. 



ini chocolate almond cup.. chocolate+almond+strawberry


maaf gambar blur. ini lolipop oreo. ini proses percubaan so x reti wat corak2 lagi, kalau da pandai bole la lukis gmba Gu Jun Pyo. hakhak
chocolate+oreo





ini gmba wajib. makan lolipop oreo smiley, da tinggal mata je tuh. :)
celak pun da comot makan punya pasal (apa kaitan?) 


yang gold tuh Buble Bar. Rasa macam crispy jugak. ini la yg aku blaja hari ni.. tu je :)

(abaikan charger :P)

nak x, ade lagi ni kat umah, tapi btg lolipop jek. :P

ok bye bye.
take care ye, slamat bercuti dan slamat hari raya (err???)






Tuhan Berikan Aku Cinta





suka lagu ini, tadi my fren post kat fb video lagu nih, terus jatuh hati, padahal dah berkurun dah lagu ni. hu hu. dengar la dengar la. eh eh.. 






gambar ni? ala kononya tengah mencari cinta lah. 
eh bukan bukan, sedang bersama cinta. 
cinta ada di belakang, tolong snap gambar. he he


lirik lagu:

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu


Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

 video lagu :





Source: http://liriklaguindonesia.net/a/ayushita/ayushita-tuhan-berikan-aku-cinta-ost-ketika-cinta-bertasbih/#ixzz1MX7WvsHL







Cadangan Hadiah Hari Lahir utk Perempuan

speda aih topik!
Speda tu apa?
entah, sila rujuk kamus dewan bahasa cina.

jadah pa hg dok wat entri lagu nih!
jgn la cakap cmni ek kat aku... sob sob..

okey, memandangkan hari jadi saya tak lama lagi iaitu 9hb Mac,
ya x lama lagi la tuh, 9 bulan je dari skarang, so aku nak bg cadangan skit tuk hadiah yg boleh diberi pada makwe, mak, mak tunang, tunang, isteri dan mak isteri. tapi ini ikut pandangan aku lah.

mcm biasa, entri aku panjang, sila tarik nafas panjang-panjang-panjang dan kentut.



1. kereta.
kalau pening-pening sangat and rasa duit banyak sampai dah berlungguk kad bank and bank pun tak bagi simpan duit dah sbb dah banyak sangat, beli lah keta ni sebijik, p parking depan rumah dia.

tudia, speda aih........ speda lagi?

2. External hard disc
betoi dak eja aku pun xtau. beli lah nih, 2,3 ketoi, bagi kat perempuan-perempuan yg kalian syg, mana tau laptop mereka berat sehingga kalau nak galas boleh mengakibatkan bahu patah. besalah drama korea banyak kan. tehee.. eh aku x, hindustan je ade :P



3. Make-up 
Barang-barang make up macam kat atas tu.. beli lah yang mac, nak yang mahal lagi Mary Kay. beli satu set, kalau mampu lagi, beli 4,5 set pun x pa, boleh simpan sampai tua. :)



4. Kasut Nike.
Pastikan tahu saiz kaki si perempuan tu la, jangan pulak main teka-teka pulak beli. nanti beli, x padan pulak kaki, saiz 9 tapi beli saiz 4, kalau macam tu dapat dekat anak makcik jiran sebelah umah dia lah.





5. Bunga
kalau dah buntu sgt dah, beli lah bunga, kalau budget x dak, p lah cabut yang mak awak tanam kat luar rumah tu, bawak p. tapi make sure bunga tu betul, jangan tersilap bawak bunga palsu pulak.



6. Rantai / gelang tangan
haa.. ini pun best jugak ni, kalau si perempuan tu free hair, bagi lah rantai, kalau dia x free hair pulak, bagi jugak rantai. hehe.. takpa.. jgn p beli yang zhulian pastu tipu " Eh ini emas nih...... abg beli mahal ni kat ayg"
okey, jangan tipu ye, mereka pandai bezakan zhulian dgn emas tulen, walaupun saya x reti bezakan :P


7. jam tangan
hehe. kalau dia tak suka pakai jam, tak mengapa kalau nak hadiahkan jam dinding ataupun jam gerak bangun tido. baru unik skit. hu hu



8. Beg tangan.
tadi jam tangan, ini beg tangan pulak. ini kidnap kat google saja, p la cari yg perempuan kalian punya taste. aku tak mahir beg-beg ni, aku pakai beg plastik je :P


9. teddy bear
dah tua pun kau nak bagi teddy bear lagi keh? common la hadiah ni... eh eh.. walaupun dah selalu orang bagi, tapi kalau dapat gak, mesti suka jugak kan. jgn la adiah taun lepas dah bagi teddy bear, taun di pun bg teddy bear lagi, mmg nak kena lah tu. bagi la teddy bear ada bunyi sikit kalau tekan perut dia, "I LOVE U" takpun " I LOVE U HIDUNG KEMEK", kalau nak lagi best rakam suara sendiri and letak dalam perut teddy bear tuh. konfirm perempuan kalian seram nak tido. hu hu



10. ? dah arh. ada lagi idea tapi x larat nak taip dah. ha ha. semua hadiah ni dah pernah bagi ke? no 1 tu mesti tak lagi kan? he he

ok lah. ini cadangan aku jer. :)
bukan semua perempuan kalian nak yang aku cadangkan nih. atau mungkin mereka ada  taste berlainann dgn aku. 

ok babai.



Dah Report Polis.

camat pagiiiiiiiiiiii..
hari ni bangun pagi dengan senyuman.....
sbb aku dah report polis dah, sebab pe?
ce tgk dan baca bawah ni okey.... 



tak nampak lagi, boleh klik.

hehehe... 
sape cakap aku x berani report polis..
tgk tu..



bukan aku lah!

ni aku jumpa kat fb kawan aku tadi.. 

lepas ni nak wat report polis gak arh..

"owhh esok aku jumpa hg, aku nak tarik hidung hang sampai terkeluaq!"
dapat ja komen camtu, aku teruih lari kat balai polis. 
hikhik.

ok bye bye. 

Nangis



dah 2 hari nangis tanpa sebab.. patut lah mata kiri asyik kejip2 je..
mata kiri sy mmg ada sense kalau ada benda buruk nak jadi, 
mesti kejip2 sebelum tu, 2,3 hari sebelum tu..

hari tu, before abah masuk hospital, seminggu mata kejip2..
huhu..

ok lah.. tak da pa, saja nak update jugak. bye bye kawan. 

really hope u are here beside me, holding my hand, and say something to me to stop my tears down. 
but u are not here.. alone. 


p/s : maaf ini entry sewel. jiwa kacau. org gila terlepas. apa2 layan lagu ni. mann. most favret sad hindi song..

Entry gambar dan cerita hari jadi 10 may 2011.

entry cintan cintun mengganas lagi di blog CERITA HATI CIK NICAA.
dah nama pun cerita hati kan, so hati lah yg bercerita, 
tuannya cuma lihat je skrin laptop, hati yg p taip-taip, 
upload gmba pastu publish entry..aish.. :P

ok ok ini entry pantas..
 setelah menangguh kerja update blog, kali ni nak cepat update,
 kalau tak, perut mula bunyi sirennn mintak diisikan lagi.. 
hai lah perut, bukan ke aku dah isi kau 5x nasi sehari? 
ish ish ish.. cobaan..

hari ini, 10 th may 2011.
 hari ni ada org diberananakkan di dunia fana nih. fuihhh ayat.

ini dia hero kg pisang. :P


ni dia besday boy.. itu kad besday utk dia, dibikin oleh saya sendiri.. hehe.. 


ini front view pula.. hehe..
sempena besday beliau, kitorang telah makan
.
.
.
.
.
..
.
.

eh bukan bukan.. ini kek mak sempena hari mak.  ekekekeke
(gelak sambil sebut kek)

kitorang makan bihun sup ayam saja. hahahaa. kesian cik abg, maap saya cuma mampu wat kad dan wat suprise kat awak je..

"abg, tgk tu lori tuuuuu!"
"mana? mana?"

tadaaaaaa...


beg ini tersedia depan mata, apa lagi marah saya datang lambat pun redaaaa dan tersenyum seperti kerang bakar.. sedap gak kerang bakar mlm2 ni kan.. ish makan lagi!

ada apa dalam beg tu? rahasia dalam kelambu.. eh eh..




okey, ini bukan besday girl. dia lahir awal 2 bulan, 
thats mean saya matang dulu, bukan tua okey, matang je. :P
hehehe



kat bawah ini pula, kitorang salin baju masa nyanyi lagu hindustan.. dari golek-golek atas padang terbang ke penang lak..

hehe.. bukan, ini cerita hari sebelum tu.. 
gambar actually, bukan cerita.
keling arh kau Nica!


bukan ibu mengandung ye.. hehehe.. baju yg kembang,
tgk la saya Cool Blog punya ice-blended sampai dua. ish!


ini .. kembar yang gamba kat atas tuh. 


ini abg tough. haha


ini.. err.. mungkin perasan cun, bak kata Besdey Boy tadi, "gambaq semua mau perasan"
cis, tarik balik adiah baru tau. buruk lutut siku lak.. hehe


no caption. ^ ^




ini gamba penutup... sekian.. 

happy besday to u.
happy besday to u.
happy besday, happy besday.
happy besdayyyyyyyy to u.......

hehe.. 

kesian korang kena tgk gamba perasan banyak :P

 tapi tima kasih sudi baca :)

n hari ni besday blogger ni jugak tau.. 

happy besday Hana.. 
smoga sukses selalu okey..
:)

sapa lagi besday hari ni, nak wish.. hehe..