Student Life. oh hai Uitm Shah Alam.

 hai semua. selamat tengahari.. err. tengok jam. 11.50 malam. ok sejam lepas ni bawu publish post.
okay. saya memang lambat nak update satu entri pun.

cuba update secepat mungkin supaya roomate tiga tahun saya si lehahaha tak bising, "nisa update la        belog... update la...update la..." ingat saya retis ke nak update blog hari-hari, gua pemalas la derr

bangun pagi je dia suruh update belog, bukan suruh aku g mandi ke makan ke, tapi suruh aku update belog.. mana nak tahan bro.. ok tipu je.. hehe
aish mungkin leha tengah membaca. hai leha! tutup mulut, nanti nyamuk masuk.. hehehe

ok dah la, mari kita maraton secepat mungkin.

sebenarnya saya sudah selamat mendarat sebagai student degree di UiTM Shah Alam. Dan saya telah selamat menjejaki kaki ke kelas pertama di minggu kedua kelmarin..
minggu pertama aku buat apa? err tak buat apa. duduk bilik, tenung-tenung siling baru, jalan ulang-alik dalam bilik sekangkang kera ni.. dan testing tidoq atas tilam yang kurang empuk ini. ko saje je kan bagi aku tilam ni, jeles leww tueeewwww nak bagi aku tdoq lena sampai terpelanting froggy aku.

minggu pertama, x da apa-apa pun. meh nak list journey aku minggu pertama yang penuh blur and agak malu.

-----> sesat sorang-sorang and pusing satu menara, pastu jalan sambil hentak kaki kuatkuat and cakap dalam hati "benci dtg sini! benci dtg sini!"
-----> bagi rosak cop Penasihat Akademik. nice bukan.. ngee
-----> hilang purse yg ada wang rm400 dalam tu.. tu lagi nice.. tu yang buat entri berbaur sedih berlagu pilu lagi sayu seddu sedan haritu.
----> banyak lagi malas nak list.

meh tgk gambaq je la nohhh...


okay, x payah la gelakkan saya sebab nampak mcm org nak g sawah n bukan pegi kelas.
payung baru beli tadi kottt, sementara tu hujan guna kain ni dulu alas bulu mata. err bulu mata? yela mascara bukan waterproof.. huhu..
itu kila. pink.

motiff? leha cakap nak tunjuk reben.. mungkin reben ni cantik kot, saya pun ikutkan je lah.. hehehe... 
cantik tak reben tu? baik hampa angguk angguk!

itu lah leha. kiri. saya kanan. hai roomate tiga tahun. lepas abes degree baru boleh panggil roomate 5 tahun setengah.. huyoooo.. memang legend ah kita.. hohoho

ini err aku tumpang duduk meja roomate aku efy. sbbnya meja aku berserabut wire-wire laptop, wire charger, wire kepala aku pun duduk situ jugak. cis!


tolonglah. tolonglah. mana p jerawat2 semua hilang. jangan pecaya ini edit der.. hehe

kat katil kurang empuk saya. leha, budak rajen, kila.
budak rajen? aminnnn~


tidak dilupakan gambar tersayang di cermin dalam locker saya. naseb baik kuarkan gmbar ni dari purse kalau tak gmbar ni pun hilang huhu

saje nak letak gambar kitorang senamrobik pakai suar jean first week..
eh tu tak letak lagi video leha menari senamrobik.. hikhik... 

ok lah, nanti saya update lagi eh.. babai.. take care.. :)

ar satu lagi. kamera handset saya tak elok. tunggu lah DSLR dulu baru letak gambar full screen. bukan original size atau x-large. memang tak muat ar screen korang. k lah merapu dah ni.
bai. nak tdoq kroh kroh..


Hujan dan Pelangi Indah.

Dugaan itu buat aku lebih kuat.
Dugaan itu sediakan hikmah besar.
Biar bahu berat memikul dugaan
Pastinya ganjaran Allah menanti.

Aku yakin, setiap dugaanmu,
Setiap cabaran dan liku-liku itu,
Kau kan sediakan pelangi indah.
Pasti aku akan bersyukur dengan dugaan itu.

Biar aku jatuh tersungkur,
Biar aku lemah pada mulanya,
Tapi akhir masa aku pasti berjaya,
Berjaya menghadapi semua dugaanmu,
Aku redha dengan Qada dan Qadarmu Ya Allah.



psst, bukan lirik lagu. ini lirik hati yang berlagu sayu. tapi senyuman menyembunyikan beban berat yang tersimpan.

Cuti 4 Bulan Apa Yang Tok Mummy Buat.


Hai.  Masih lagi dalam mood raya ke? Raya kan sebulan. Harap-harap bole menjawab dengan lecturer macam tu bila masuk belajar minggu depan. “alaaa raya kan sebulan, lepas sebulan ni baru la buat assignment satu lori, study test dua lori, nota2 kecik 3 lori, blablabla.. “

Erk? Lama pulak tak fikir pasal assignment kebenda semua tuh. Memang liat sangat otak eden nak berpikir semula, memang keras jari jemari gua nak pegang pen macam dolu-dolu.. konfem tulisan pasni jadi cakar kucing kan.

Jadi, cuti sem 4 bulan ni apa yang telah saya buat?

1.  makan tido makan tido makan sambil tdo sambil makan makan dan makan lagi pastu tdo lagi dan begitulah seterusnya. Mari lihat betapa gemuknya saya dalam gmbar bawah ini.


merah turqoise merah turqoise. 
kakak, kakak, kakak ipar, dak mok @ momok.

2. gigih online tapi tak tahu apa paedahnyeee aku dpat. Nak cakap rajen update belog, ada la satu dua ja yang diupdate.

3. keja part-time selama sebulan ½. Kenapa ada ½ tu? Sebab ½ lagi tu masuk bulan puasa jadi sibuk nak berhenti keja konon-konon nak buat kuih ray seratus jenis. Tapi coklat seratus saja yang aku buat. :P


ini my chinese fren. dia sgt funny. i punya fren masa keja. haha.

4.  belajar memasak. Ececehhhh kononnya nak jadi surirumah tangga yang berjaya selepas beranak 5org anak nanti, over!

5. jumpa Encek syg 6433549592635kali. Adehhh, cepat2 la yang masuk meminang yang oii. Haha.. senang skit boleh jumpa awak hari-hari.

6. Hang out with tawan-tawan. 


with mira syg. :) heart u !





with haura malina hensem. tgk hensem tak beliau. haha. curi2 snap gmbar takot kena halau kuar kedai! 



with yana. ce teka kami kat mna. hikhik.


Jadi masa berehat saya dirumah telah tamat.  Dan mood belajar tolonglah datang. Dan mood raya tolong lah pergi jauh-jauh..

Tapi dalam hati berkilo-kilo beratnya hati nak pergi jauh tinggalkan keluarga dan kesayangan saya Encek Ashraf Salihin tercinta. Dugaan kali ni memang besar dan awak perlu bersabar jika saya menangis teresak-esak mintak awak datang s.alam hantar GCB.

ok lah. semoga nanti cucu cicit aku baca apa yang aku buat 4 bulan time cuti sem dan masa tu kalau aku berleter kat depa. "hampa ni cuba lah buat keja yg paedah sikit, ni dok mengadap laptop, dok keluar melepak dgn tawan-tawan (besalah gigi dah tak da time tu, jadilah tawan-tawan), ishhh apa nak jadi dgn budak-budak la ni.... potpetpotpet.."

and direct cucu balas "ala dulu pun Tok Mummy camtu, tgk blog Tok Mummy ni!"

-.-"

bai.