Raya :)

ok. title paling panjang selama aku menaip di blog kudus mulus ini.

seperti biasa, tak syok la kan kalau update pasal raya tapi tak da gmbar raya kan, ibarat makan ketupat tapi tak buang daun palas, ibarat makan nasi impit tanpa kuah kacang, ibarat beraya tanpa duit raya.. err..


bercakap pasal duit raya, kamu semua dapat duit raya banyak tak?

erm aku duit raya tak banyak, bak kata abg aku, ini bukan duit raya, ini saguhati. okey, x de lah rasa malu sangat terima duit raya saguhati dari beradik-beradik aku. (beradik-beradik??)

aktibiti bersalaman di pagi raya adalah agenda wajib.. ibarat err tak payah la aku bawak kuar pepatah-pepatah aku lagi kan. tapi raya tahun ni aku beraya di petang hari. agak petang lah. disebabkan ramai artis-artis berkunjung ke rumah, haha. so jadi lambatlah bersalam-salaman dan aktibiti mengutip saguhati ditangguhkan sementara waktu.

dah la panjang sangat mukadimah. okey mari kita terus ke isi kandungan. jangan lupa pesan cikgu ye, buat rangka karangan dulu ye anak-anak..

raya pertama juga cik abang datang beraya di rumah adinda beliau. tapi adinda beliau sempat melihat muka beliau selama 5 saat sahaja disebabkan gabra dan kekalutan yang melampau. maap ye. nanti saya belanja coklat satu ketoi okey. gmbar cik abg tak da, beliau tidak suka bergambar. harap maklum. sila bagitau kucing-kucing anda di rumah.



uwaaaaaa. dah ar dah ar. tak mau taip dah, banyak pulak aku merepek nanti.ok bye. slamat hari raya. maaf jikalau spanjang penulisan di blog ini mengguris hati mana-mana pihak. assalamualaikum.
         

Short note. Ignore it.

saya sedih bila saya tak dapat lakukan apa yang saya nak dalam hidup saya.
saya sedih bila saya tak dapat apa yang saya nak.
saya sedih bila orang tak faham diri saya.
saya sedih bila orang lukakan hati saya.


kesimpulannya. hanisah, kau memang seorang yang penyedih, tahu?




tapi saya tak sedih kalau dapat makan GCB sekarang. bukan satu, tapi dua.

ok, bai.

Resipi Lolipop Chocolate

Assalamualaikum..

Dalam entri  lepas, saya ada cerita skit tentang belajar buat chocolate.(klik sini) and ada orang datang mintak resipi , ada yg antar bunga semata-mata nak mintak resipi, ada jugak yang tuju lagu di radio bodek2 mintak resipi...

ok, sy gurau je.

ini resipi lolipop choclate ye, simple. semoga berjaya k.

LOLIPOP CHOCOLATE

Bahan :  -60gm coklat kompoun - strawberry, white and apple.
               (tgk gamba bawah ni, yg kotak biru, pink, hijau)

             -400gm coklat kompoun -MILK
               (tgk yg plastik gold tuh, beli jenama Beryl's tau)

             -70gm Hazelnut cream (dalam bekas bulat tu)
             -25gm Bertih beras warna coklat (perlulah dibakar dalam oven)

ukuran tu boleh timbang guna alat penimbang, murah je kat kedai rm11.50 sy beli.

perkakasan : acuan lolipop, dan pemegang.
       


bahan-bahan yang penting tadi.


nampak kan bertih beras tu, actually nak bagi rasa macam crispy tu. kalau tak nak pun tak pe, boleh gantikan dengan biskut oreo. 




ini acuan lolipop. murah je. rm3.90. kalau nak corak lain pun ada jual di kedai. 


ini plastik yg kita masukkan coklat cair nanti, tak tau panggil ape. maklumlah first time buat seniri. huhu


ini pemegang lolipop..

okay rasanya dah cukup saya bagitau bahan-bahannya. Gambar oven, sudu, cara pegang sudu, surat khabar dan gmbar emak saya pun tak perlulah saya letak sekali dalam nih. hehe

jom kita tengok step2 pulak ye.

cara-caranya :

1. Cairkan coklat strawberry. Cara nak cairkan tu, korang boleh guna rice cooker. Isi air dalam rice cooker tu. Ambil satu lagi periuk kecil doublekan di atas rice cooker tadi, pastikan air yang diisi tadi mencecah punggung periuk yang double kat atas tadi tu. alah lupa snap gmbar lah. 



cairkan coklat pink ni. dah cair masukkan dalam plastik tadi.



masukkan macam ni okay. jangan lupa cairkan coklat green and white tadi. masukkan dalam plastik. 

2.  Then, titik atau paipkan bintik-bintik dalam acuan lolipop. Maksud saya, korang picitlah coklat tadi dalam acuan tu. biarkan kering dan keras. biar betul-betul kering tau. rujuk gambar.





3. Sementara menunggu coklat tadi keras, cairkan coklat kompoun yang MILK tadi. guna cara yang sama mcm di atas k.. Sentiasa kacaukan coklat sampai cair tau. taknak ketul-ketul. jangan terlampau panas sangat okay.


cair macam tu tau. then campurkan hazelnut cream.. gaulkan. 



bertih berass yang dibakar tadi tu, campurkan sekali dalam coklat cair tuh.. so jadi macam kat atas tu. alamak terlupa rotate. 

4.  Tuangkan dalam acuan lolipop tadi. letakkan pemegang. masukkan dalam peti ais selama 12 minit atau lebih hingga coklat betul-betul keras. 





5. Akhir sekali, dah keras boleh tuankan ke dalam bekas. masukkan dalam plastik and ikat. refer entri lepas camne contoh plastik lolipop tu k.. da siap..


sori buat tak cantik. first time buat seniri... huhu.. silalah mencuba.


ini lebihan coklat tadi, saya letak dalam cawan kertas. then dizzlekan dengan coklat strawberry and sedikit hiasan. Boleh juga. ikut kreativiti masing-masing okay.

tapi yang ni lagi senang. 






ini gmbar masa saya mula-mula belajar dulu. nebes kot,orang dok tengok, dah la tangan parkinson terketaq-ketaq jadi bedak sejuk dah. :p

ok, selamat mencuba :)

maaf kualiti gambar yang tidak jelas ye. :)




Mari Bermain Bola.

Orang cakap kan, orang cakap kan, dahi luas tu murah rezeki.. aku tak tahu la dowg mengejek ataupun sekadar memujuk hati dowg yg ingin mengatakan dahi aku dongga.

so aku tak percaya, lagipun mereka orang-orang je pun. yang kat sawah padi tu. bukan manusia. so aku tak hambek peduli.

Permohonan aku utk tukar kampus uitm Shah Alam ke Arau tak diluluskan (masih fikir kenapa lari dari tajuk asal..)
So aku perlulah membina hati yang cekal dan padu untuk mengekalkan hubungan jarak jauh bersama Encek Ashraf Salihin yang tersayang lagi tercinta lagi terkasih lagi ter ter terkentut.

So, (cuba kira berapa kali so dah.)
aku harap hubungan aku dgn dia berkekalan dgn jayanya dan bertahan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu cicit.

"Grandma, grandma!" panggil cucuku.
time tu aku harap aku dah berhenti pakai shawl macam ni so cucu aku takkan cakap nak main bola kat dahi aku disebakan keluasan dahi aku melebihi 2 hektar.

okey, marilah bermain bole. eh bola.  
saja x-large kan gmba so boleh nampak keluasan sebenar pdg bola. 


harap awak boleh jadi Grandpa bersama saya. Walaupun sy sudah banyak anak kucing, tunggu lagi 2 minggu lagi kucing bersalin, awak naik pangkat jadi Grandpa dah.
i love u Grandpa.!

Tarawih zaman kanak-kanak.

Hai korg!
Hai hampa !
Hai komu !


Macamna dgn puasa hari ni?
Ada yg terkorek idung tak? Atau idung kwn?
Ada yg terbuat-buat telan air paip semasa mandi x?
Ada yg tergigit tangan jiran sebelah yg nampak seperti paha ayam x?
Harap-harap semua x ada ya.


Ramadhan kali ini kurasakan seperti dahagakan pahala dan ganjaran amal ibadat. Ok fine.
Aku tak buat ayat skema. Tahu hampa nyampah. Fine lah.


Bulan posa kali ni kan aku ingat nak kutip pahala dgn wat amai ibadatt skit lah. Ok ni ayat x skema.
Pabenda aku dok ngarut ni.


gmba zaman kanak-kanak.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Alert ye, kanak-kanak tau.
Aku ikut mak aku pegi tarawih. Masa tu aku dok insan hina dina lagi x bapa reti nak semayang.
Dok tiru org reti la. Org ruku’ aku pun ruku’ sambil tengok org sebelah.
Org tahiyat aku pun tahiyat pastu dok tgk kain sapa yg terselak nampak kaki kat depan.
Dan bermacam-macam lagilah kerja yg aku wat semasa tgh semayang. Alert ye, zmn kanak-kanak.
Dan x baligh lagi. Hihi.


Dan aku duduk sebelah mak aku masa tarawih tu. Aku nampak mcm dah reti semayang dah.
Lepas bg salam , mak aku ckp,


“Adik dah pandai semayang noh, tadi dah pandai baca dah masa semayang”


“mak dengaq ka adik baca-baca?” (baca-baca?)


“dengar la bunyi sss sss sss” (mcm kita dok baca fatihah tapi ada bunyi ss skit, huhu x reti nak explain)


“oh, tu tadi adik saja bg bunyi ss ss, adik dgq org sebelah bunyi mcm tu” sambil buat muka x bersalah.
=.=’
Ok fine lah. Sy lah kanak-kanak itu. Tsk tsk.


Bila teringat balik, wat malu ja kan. 
ok cincau dulu ar, malu punya pasai. Tp nak cerita jugak !

ni kanak-kanak tua. awat gaya sama ja mcm kanak-kanak.
tak pa lah. mak aku kata tu treadmark aku dari dolu-dolu.

ok bai.

Sy muncul balik mcm chipsmore!

Hai.
Assalamualaikum.
sedap jugak kan chipsmore kalau ada dalam mulut skang nih. ish! 


lama pulak tak menaip, 
lama juga tak menjenguk dashboard, 
lama jugak tak sign in,
lama jugak tak tengok komen-komen. (banyak pulak 'lama' tu)


satu je yg baru, Baru je bayar broadband, alih-alih sampai dah bil baru untuk bulan ini. aiseyyymenn..


tak apa lah. marah tak marah tak marah tak saya tak update? 
encek boypren pulak yg marah. hihi


UPDATE LA BLOGGGG!
ISH, TAK DA MOOD LA...


UPDATE LA BLOGGGG!
ALAH, NANTI LAH. TAK DA STORY LA...


dan soalan terbaru saya dapat semalam.


KENAPA NAK HIDE BLOG!
HEHEH. SAJE LA DAH X UPDATE...


okey kali ni saya update (terpaksa ke ni?)
tak tak. saya ikhlas sempena bulan ramadhan yg mulia ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa ye kwn-kwn.


Sebulan menghilang, sebeb keje. keje kat The Store. Jaga fair, jaga baju, lipat baju, kira sale, iron baju, kena marah dgn supervisor, supervisor blanja makan dan pelbagai lagi kerja.


Bulan ni dah resign. Nak keje buat kuih raya la konon. tapi tak keje-keje lagi. 
sebab nak settlekan hal-hal untuk sambung belajar nanti. 
alhamdulillah, dapat sambung belajar. ada jugak rezeki.
walaupun otak ni 50% pikir nak sambung belajar
tapi lagi 60% lagi pikir nak duduk kat rumah goyang kaki je.


moga ramadhan kali ni mebawa seribu kerahmatan. 
sy tak mcm cartoon nih. 
but i'll be someday. amin ~


tak da gmbar kali ni. letak gmba cartoon lah. rasa fobia dgn gambar. :(


okey, salam ramadhan ye, jangan tak puasa tau.

*sori tak dapat join contest apa-apa. sy mmg sibuk kalah perdana menteri =.='