Raya :)

ok. title paling panjang selama aku menaip di blog kudus mulus ini.

seperti biasa, tak syok la kan kalau update pasal raya tapi tak da gmbar raya kan, ibarat makan ketupat tapi tak buang daun palas, ibarat makan nasi impit tanpa kuah kacang, ibarat beraya tanpa duit raya.. err..


bercakap pasal duit raya, kamu semua dapat duit raya banyak tak?

erm aku duit raya tak banyak, bak kata abg aku, ini bukan duit raya, ini saguhati. okey, x de lah rasa malu sangat terima duit raya saguhati dari beradik-beradik aku. (beradik-beradik??)

aktibiti bersalaman di pagi raya adalah agenda wajib.. ibarat err tak payah la aku bawak kuar pepatah-pepatah aku lagi kan. tapi raya tahun ni aku beraya di petang hari. agak petang lah. disebabkan ramai artis-artis berkunjung ke rumah, haha. so jadi lambatlah bersalam-salaman dan aktibiti mengutip saguhati ditangguhkan sementara waktu.

dah la panjang sangat mukadimah. okey mari kita terus ke isi kandungan. jangan lupa pesan cikgu ye, buat rangka karangan dulu ye anak-anak..

raya pertama juga cik abang datang beraya di rumah adinda beliau. tapi adinda beliau sempat melihat muka beliau selama 5 saat sahaja disebabkan gabra dan kekalutan yang melampau. maap ye. nanti saya belanja coklat satu ketoi okey. gmbar cik abg tak da, beliau tidak suka bergambar. harap maklum. sila bagitau kucing-kucing anda di rumah.



uwaaaaaa. dah ar dah ar. tak mau taip dah, banyak pulak aku merepek nanti.ok bye. slamat hari raya. maaf jikalau spanjang penulisan di blog ini mengguris hati mana-mana pihak. assalamualaikum.
         

9 comments:

Hans said...

skrg mood raya
:-)

Hunnym Syot 美智子 said...

selamat hari rayee dear :)
wet rayee tak banyak dapat :(
btw, gambar nica comel laa :D

http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/syawal-kedua-telah-berubah-wajah.html

hafrawiey ozakawa said...

slmt hari rye.


http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Nica said...

@Hans

ha'ah kan. saya mood merdeka :P

Nica said...

@Hunnym Syot 美智子

olololo... meh nak bg skit det raya.. hehe.. nica ada 1748394083984 sen :(

Nica said...

@hafrawiey ozakawa

slamat hari merdeka raya :)

nur dhiya' aida said...

selamat hari raya !! XD

nub said...

dpt juta lemon dt raya

Siti Suhaila said...

Selamat Hari Raya :D

Btw sudah follow blog ni..
sudi la follow blog kite juga yer..
http://cintairmata.blogspot.com/