Mid Term break yang dah lepas.

Assalamulaikum.
hai.jumpa lagi lepas seminggu cuti mid-sem. lambat betul update. sampai nak cuti lagi dah. ihik

nak update belog, tapi online pun kejap2 guna phone abah. so tahan je la sampai balik kolej.
ecececeh ayat macam banyak la hal nak di-updatekan.

haritu cuti, saya tak bercuti di mana-mana , tak keluar pun dari penang pun..
gi makan-makan depan pantai je.. lepas makan, balik terus. menarik tak? -.-'
tapi sebabkan pi dengan sang tunang, makan saja pun terasa sangat best. Sang? bunyi macam sang kancil dan sang buaya pulak. kalau macam tu saya la sang kancil yang cumil itu, tunang adalah sang buaya darat. gurau gurau.

disebabkan tunang suka menangkap gambar. jadi saya menjadi mangsa tangkapan gambar. *keling

hai, saya 23 tahun. masih main anak patung. 

hari kuar tu, saya masak sikit spagetti, sos buat sendiri. konon macam pandai. dulu penah buat guna sos prego, tapi macam tak best je rasa. macam la..

pastu saya pun search segala bagai resipi kat internet, buku resipi, buku hutang, dan tanya makcik sedara resipi sos spagetti yang terbaik.
ok, tarik nafas... sangat bersemangat subuh tak tidur balik dah, terus masuk dapur dengan semangat membara. ok over.
then, try la, kemudian, terlupa nak beli pati tomato, kemudian sos spaggeti saya tidak masam. dan tidak sedap.

lepas tu hentak-hentak kaki tak nak bawak untuk tunang, then mak cakap bawak jugak. sedap tak sedap takpa, bawak ja, dah masak.




lepas tu saya pun bawak.. gi setting2 tempat depan Pantai Batu Feringgi. saya gi hari Ahad, so ada la orang..
tapi orang tak berkelah bawak spagetti, mereka mandi manda, naik banana boat dan naik payung terbang yang ikat kat bot tu, apa ntah nama dia.


pastu display spaggeti kat tunang, hurm.

"macam kuat sikit la bau daging ni syg", sang buaya cakap.
"uwaaaaa tak reti buat, tak yah makan la, nanti tak sedap, kita gi beli makanan lain nak dak?", balas sang kancil.

"tak payah, kita makan ja, meh nak rasa", sang buaya.

kuat tak kuat bau daging, tunang melahap spagetti tu dua kali tambah, pastu mintak nak bawak balik.. terima kasih jaga hati saya.  muahahaha.

ok sudah la, banyak pula bebelnya.

dah kau kenapa sampai terpejam-pejam mata. 
well sang buaya saya seorang pelawak, suka buat saya gelak. uhuk. lebiu sang buaya. 



bawak teddy bear anak menakan semata-mata nak ambek gambar. pulun tak pulun. muahaha.

k bai. selamat mengundi ya. yang tak cukup umur lagi, sabaq-sabaq la noh. ihiks.





11 comments:

nur naa'irah said...

salam...heheheeeee..tergelak sy by entry cik nica ni bakal puan nica..hehe..in shaa ALLAH..
so sweetttttt..smg "sweet" ni akan kekal selamanye..amin..;-)..jgn lupe spageti tu..nk rase gak laa

nur naa'irah said...

*sy bace entry

echa takashimaya said...

aaah! kita rindu penang.rindu cendol sedap! rindu pasemboq! rinnnduuu mee ketaaaammmmm!

Eina Sakinah said...

alahaii comelnyee bear and tuan punya bear :)

ida rahman said...

sweetnya tunang nisa. semoga berkekalan nisa ! :)

Nisa said...

na'irah : hahaha aminn.. nak spaggeti? erm x sedap la nsa wat.. huhu

echa : mai balik penang mai.. boleh pekena pasemboq padang kota..

ida : aminnn.. :)

Nisa said...

iena : teddy bear tu lagi comel.. hikhik

Mr & Mrs Sallehudin said...

oowwhh.. kite pun penah try wat sos speghety.. blender buah tomato pastu masak campurkan dgn sos tomato dan sos cili..

Nisa said...

owh blender eh? hari tu sy x blend, saya potong 4, and masak sampai lembik and hancur dalam tu, tp still x masam. maybe tomato muda sgt kot. ihiks.

Nisa said...

owh blender eh? hari tu sy x blend, saya potong 4, and masak sampai lembik and hancur dalam tu, tp still x masam. maybe tomato muda sgt kot. ihiks.

shaa bonitaa said...

cantek tudung =)