Selamat Hari Abah.

Assalamualaikum.. Selamat hari abah, abah.

abah 62 tahun. adik 22 tahun.
22 tahun dah abah jaga adik.
makan minum adik semuanya cukup.


masih ingat lagi kecik-kecik dulu adik tunggu abah balik kerja depan pintu,
abah balik, lari-lari pegi dekat abah. abah ingat tak..
pastu adik tidoq kat ruang tamu, abah gerak masuk tidoq dalam bilik,
tapi adik pura-pura tidoq sebab nak abah dukung, betul abah dukung. haha


bila dah besar, masuk asrama, tak seronok pun dok asrama mula-mula,
tapi adik pikir abah mesti nak adik berdikari macam kakak dan abang, adik duduk jugak.
adik nakal waktu sekolah, abah marah, adik takut nak balik rumah.
tapi bila adik balik, abah tak marah sikit pun, abah senyum,
tapi adik tau dalam hati abah, abah menangis, abah kecewa,
adik tak belajar betul-betul, minta maaf abah.


adik nekad, adik nak jugak masuk u, tapi adik tak dapat sebab result spm adik tak elok,
adik nangis kuat-kuat. adik mnyesal.
satu hari result rayuan uitm sampai, adik seronok sangat.
adik tunjuk dekat mak dan abah.
mesti abah seronok, sebab adik tau abah nak adik jadi macam kakak.
walaupun adik tak suka pun berpanas-panas sebab ambik kos ni,
tapi demi abah, demi mak, adik gagahkan juga.
adik nak dapat Anugerah Naib Canselor tapi adik gagal juga, adik cuma dapat 2 bintang masa graduation day.
adik tau abah sedih.
adik dah usaha, mungkin balasan tuk adik masa adik nakal dulu.


adik malu, adik dah jarang sembang dengan abah, padahal kecik-kecik dulu adik yang paling rapat dengan abah.
adik banyak kecewakan abah. abah nak adik sambung belajaq, sebab adik pernah dengar abah nak anak yang last ni belajaq tinggi-tinggi.
adik relakan diri, sambung belajaq, kalau ikutkan hati, adik nak keje biasa-biasa dan kahwin saja, adik nak bersederhana dalam hidup tapi adik pikir abah. bila lagi adik nak gembirakan abah.
adik jauh kat sini. sedih sebab jauh tapi adik gagahkan diri.
demi ilmu, demi abah, demi mak.


adik harap usaha adik tak sia-sia. pesan abah, solat jangan tinggal, nanti Tuhan tak tolong.
baik abah, adik cuba jaga solat adik sebaik-baiknya.
adik usaha belajar rajin-rajin untuk abah. abah tunggu adik berjaya, jangan pergi lagi.
adik tahu abah sakit malam-malam, mak tak mau bagitau.
abah, dalam doa adik, adik minta kesihatan yang baik untuk mak dan abah.
adik sayang mak dan abah.
mak abah, tunggu kejayaan adik, biar adik sempat bahagiakan mak dan abah, jangan pergi lagi.
tapi,
kalau adik pergi dulu, halalkan makan minum adik, ampunkan dosa-dosa adik..
mak abah sentiasa di hati dik, tak kira adik senang atau susah.



 
anak abah yang nakal.



mak abah yang sentiasa menerima baik buruk anaknya.

okay, ini betul2 entri serius. malu lah camni, nak sorok muka bawah bantal, reyauuu kuat2, maluu..


6 comments:

E'in said...

selamat hari abah.. :)

shark said...

ayah comey..mak comey tapi anak kurang comey..sbb??;p

Nicaa said...

e'in selamat hari abah :D

shark jerung : lalalalalallala buat x tau... hahaha

Ihsan Arifin said...

ya allah kau tempatkan lah ummi dan abah kami dalam sorga. amin :)

Nicaa said...

amin.......

Noor Fazilah said...

menitik air mata kak baca luahan adik utk abah... sama2 la kita doakan moga abah panjang umur, dpt lihat kebahgiaan anak2 nya lagi, dpt lihat cucu-cucunya berlari-lari lagi, dapat lihat adik kahwin, sementara hayat abah masih ada, kita cuma ada 5 beradik ja kena gembirakan abah... banyak sangat jasa abah besarkan kita semua.. tak dapat bayangkan mcm kita nanti tanpa abah...abah, walaupon nampak tegas, tapi sebenarnya dia sayang semua anak2 dia.. dlu2 kecik2 kita tak reti nilai, bila dh besar baru kita faham abah... sayang mak & abah... (huhu...dok teriak malu kwn dok tgk)