Cuti 4 Bulan Apa Yang Tok Mummy Buat.


Hai.  Masih lagi dalam mood raya ke? Raya kan sebulan. Harap-harap bole menjawab dengan lecturer macam tu bila masuk belajar minggu depan. “alaaa raya kan sebulan, lepas sebulan ni baru la buat assignment satu lori, study test dua lori, nota2 kecik 3 lori, blablabla.. “

Erk? Lama pulak tak fikir pasal assignment kebenda semua tuh. Memang liat sangat otak eden nak berpikir semula, memang keras jari jemari gua nak pegang pen macam dolu-dolu.. konfem tulisan pasni jadi cakar kucing kan.

Jadi, cuti sem 4 bulan ni apa yang telah saya buat?

1.  makan tido makan tido makan sambil tdo sambil makan makan dan makan lagi pastu tdo lagi dan begitulah seterusnya. Mari lihat betapa gemuknya saya dalam gmbar bawah ini.


merah turqoise merah turqoise. 
kakak, kakak, kakak ipar, dak mok @ momok.

2. gigih online tapi tak tahu apa paedahnyeee aku dpat. Nak cakap rajen update belog, ada la satu dua ja yang diupdate.

3. keja part-time selama sebulan ½. Kenapa ada ½ tu? Sebab ½ lagi tu masuk bulan puasa jadi sibuk nak berhenti keja konon-konon nak buat kuih ray seratus jenis. Tapi coklat seratus saja yang aku buat. :P


ini my chinese fren. dia sgt funny. i punya fren masa keja. haha.

4.  belajar memasak. Ececehhhh kononnya nak jadi surirumah tangga yang berjaya selepas beranak 5org anak nanti, over!

5. jumpa Encek syg 6433549592635kali. Adehhh, cepat2 la yang masuk meminang yang oii. Haha.. senang skit boleh jumpa awak hari-hari.

6. Hang out with tawan-tawan. 


with mira syg. :) heart u !





with haura malina hensem. tgk hensem tak beliau. haha. curi2 snap gmbar takot kena halau kuar kedai! 



with yana. ce teka kami kat mna. hikhik.


Jadi masa berehat saya dirumah telah tamat.  Dan mood belajar tolonglah datang. Dan mood raya tolong lah pergi jauh-jauh..

Tapi dalam hati berkilo-kilo beratnya hati nak pergi jauh tinggalkan keluarga dan kesayangan saya Encek Ashraf Salihin tercinta. Dugaan kali ni memang besar dan awak perlu bersabar jika saya menangis teresak-esak mintak awak datang s.alam hantar GCB.

ok lah. semoga nanti cucu cicit aku baca apa yang aku buat 4 bulan time cuti sem dan masa tu kalau aku berleter kat depa. "hampa ni cuba lah buat keja yg paedah sikit, ni dok mengadap laptop, dok keluar melepak dgn tawan-tawan (besalah gigi dah tak da time tu, jadilah tawan-tawan), ishhh apa nak jadi dgn budak-budak la ni.... potpetpotpet.."

and direct cucu balas "ala dulu pun Tok Mummy camtu, tgk blog Tok Mummy ni!"

-.-"

bai.

3 comments:

lindariepin said...

comei ja panggilan tok mummy 2.... :)

nurulnazihah said...

huhuhu. semuanye comell!

Edy Ramanov said...

salam. edy dh follow kt sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq