Burung dan Kerusi.


Assalamualaikum. sabtu again. again again and i'm still here, depan laptop, korek hidung
cepatlah hai sabtu minggu depan, nak balik ni, tak sabo menyabo dah ni. rindu sangat dah pada famili, tunang , kucing, dan ayam piru yang baru dibela oleh abah. ayam piru? godaila godaila.



ini bukan ayam piru. ini makanan yang saya makan semalam. selalunya bila makan yang lebih dari rm10 pada siangnya, malam tu saya tak makan dah. haha. sebab? financial planning. haha


ini bukan mknn saya, mknn puan leha. hamboi.. tapi apakan daya, saya perut nasi, tak boleh tahan napsu nk makan nasi jugak.



ini sizzling noodle yang hmm not bad, walaupun mula-mula gua tengok, mcm mee n kicap je. belum cuba belum makan. belum makan belum kenyang, belum kenyang, belum menyesal makan banyak. begitulah seterusnya.

kelmarin juga, macam-macam berlaku. sudahlah jatuh ditimpa kerusi, burung pula berak atas kepala.


pagi kelmarin, seawal 9 pagi dah gerak ke IPD untuk hntar surat permohonan nak g interview.  nak kata settle, settle hantar borang je, then, tunggu dorang call sebab nak  interview org kerajaan ni, kena ada procedure yang kita kena ikut.

then, tengahari lapar terketar-ketar, jadi singgahla Plaza Masalam. park motor kat luar dengan sopan santun.
buka helmet pun dengan ayunya.
*kelepek*

dalam hati, eh bunyi macam tahi burung jatuh.
dan,
rasa macam atas kepala orang,
dan,
rasa macam kepala aku.

haaaaaaa? terus jerit dan hentak kaki kat situ.
"weyy tengok sat ada apa atas kepala ni?" daku jerit jerit kat kawan2.

dengan kelam kabut, mereka 3 orang keluarkan tisu dan lap, dengan muka serius dan cepat2 lapkan.
selesai lap, mereka pun, senyap seminit, dan HAHAHAHAHAHA kuat2 kat daku, ciss. kurang asam.. haha.
dan kurang ajar itu burung, tak nampak ke daku yang berbaju kurung dan bershawl bunga2 di hari jumaat yang indah ini?
ish, buat dosa kering betul burung ni. ingatkan tahu buat tahik je.

terus pegi toilet dan basuh shawl sebersih-bersihnya, guna hand wash dan keringkan. huhuhu.
dan pegi makan, haha. cuba lupa kejadian tahik tadi. makan dengan tenang. sudah selesai makan, bangun,
*kelepek*
bukan tahi burung, kerusi pulak jatuh. nasib daku tak jatuh. rupanya kawan saya sangut beg dia kat kerusi saya.
jadi, sebagai langkah meng-cover malu, saya pun gelak, HAHAHA,
padahal dalam hati
-.-"
dan balik. penat sangat tertido beralaskan lantai, tak sempat panjat katil.
kemudian tunang telefon,
tido ke? eh tak la, tak tido. hahaha
oh hai cik tunang, stalk blog saya ke? hikhik.


dan kucing ni datang bilik, naik atas riba, dan peluk kaki. alahai. thank you kucing, terlupa tadi pasal tahik dan kerusi.

lepas ni, nk pakai je helmet kemana-mana. ok over tau. babai. selamat berweekend.
yeayy sabtu depan saya di rumah dah !

ok over lagi. bye.


sebelum kerusi jatuh. -.-''

Suatu Masa Dahulu

hai. ini bukan tajuk dokumentari atau tajuk filem dekat astro k, biasa tajuk nak gempak saja, entry ke laut..

hurm, macam biasa cuti, stay kat bilik 24 jam tambah tolak 2 jam untuk turun makan dan pegi jamban. Jamban? klasik pulak sebut jamban.

dan macam biasa jugak, saya ada banyak asignment, siap ada task untuk pegi interview bagai kat IPD bahagian siasatan jenayah. mohon dia tak gari saya kalau saya tanya soklan pelik-pelik seperti :


"tuan, kenapa ye, kalau pegawai polis je, kena muka bengis, suara kuat2, misai panjang, dahi berkerut?"

atau,


"tuan, kalau saya nak masuk polis agak-agak ketinggian saya cukup tak? taklah rendah sangat 145cm je"

lepas tu conform kena gari aku, tidoq bertilamkan lantai, berselimutkan dingin. jangan lupa plaster mulut saya, kalau tak saya nangis tengah malam kuat2.

ok ok, back to tajuk.. tak tahu kenapa weekend ni,  asyik teringat masa kecik-kecik dulu, alahai. 
seronok rasanya. 

walaupun mempunyai tabiat yang pelik iaitu suka main anak patung barbie bawah tangga, susun pinggan mainan dekat atas tangga, lepas tu tak bagi orang naik tangga sebab nanti kena mainan tu. aneh betul daku. kenapa suka sangat bawah tangga. -.-''



lagi satu, tabiat yang pelik. suka makan atau ratah lauk dalam piring. apedehal? dah tu sambil makan baring macam orang malas nak makan. ya allah. bila ingat balik, kenapa budak ni pelik sangat. 

zaman suka merajuk, sikit sikit tereyak, suka kena buli dengan abang dan kakak. huwaa. kecik kecik memang tak suka, tapi bila besar teringat balik. alahai rindunya kecik-kecik. tengah-tengah jalan, abg tarik seluar, pastu lari report kat mak, abg potong rambut daku time tengah tidoq sebab nak sambung kat rambut dia, kakak suka tarik tarik rambut, buli basuh pinggan banyak banyak, cakap bahasa rahsia yang kononnya daku tak paham, misalnya:

"hamarini, dimiyama amajakmak jumumpama katmat semekomolahmah, jamanganman bamagimitaumau katmat makmak" 

sembang antara kedua kakak2, konon tak nak bagi daku paham, padahal paham ja. muahaha


ada lagi setahun lebih sikit untuk merasa hidup bujang terangtangtang, dah tak boleh malas-malas dah, kena rajin,
- rajin bangun awal (kalau tak bkl kakak ipar report kat mak mentua), 
- rajin buat asignment, apa kaitan asignment dgn kawen -.-'',
- balik cuti mid sem kena rajin belajar masak, kalau tak laki daku nak makan apa nanti. 
- lagi rajin apa lagi ek? tu je kot, yang lain dah sedia rajin dah. buahahha, seperti rajin merajuk, rajin     membebel, rajin termenung, rajin makan dan pelbagai lagi kerajinan. heh.

ok la, nak gi mandi, iklan je ni. duniawi semata2. mandi selepas makan? ok, ini pun kena ubah. huaaaa

bye, selamat bercuti. ahad kan. bye2

15 Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum..

hari ni hari jumaat, dah kerat kuku kalian semua?
"dahhh...." sayup-sayup kedengaran suara pembaca blog Cerita Hati. Sambil mengunyah makanan yang penuh di dalam mulut, malah mata mereka masih tepat mengadap tepat ke skrin laptop.. tudia ayat, nak novelis habis. puii.

kelas saya petang ni, pukul 3.. jadi masih sempat utk saya update blog skejap.
bersempena hari jumaat, saya ada 15 tips dari ustazah Siti Nor Bahyah.. 
mai tengok sat, kot2 ada amalan yang belum kita praktikkan, kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian. bukan hari jumaat je k.. setiap hari pun boleh..
salah satu tip untuk murah rezeki ialah membantu penuntut ilmu, jadi saya juga salah seorang penuntut ilmu, dan sapa2 rasa nak bg murah rezeki tu, boleh lah bantu saya, pm saya, nanti saya bagi nombor akaun bank.. muahaha.



ok, selamat berjumaat semua dan selamat menambah amalan ye.. hidup kita sekali sahaja, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. penuhkan jadual kita selain menuntut ilmu, atau bekerja dengan beribadah kepada Allah.. hehe. pesanan dari ustazah Hanisah. hikhik