Dalam entri lepas, saya ada cerita skit tentang belajar buat chocolate.(klik sini) and ada orang datang mintak resipi , ada yg antar bunga semata-mata nak mintak resipi, ada jugak yang tuju lagu di radio bodek2 mintak resipi...
ok, sy gurau je.
ini resipi lolipop choclate ye, simple. semoga berjaya k.
Bahan : -60gm coklat kompoun - strawberry, white and apple.
(tgk gamba bawah ni, yg kotak biru, pink, hijau)
-400gm coklat kompoun -MILK
(tgk yg plastik gold tuh, beli jenama Beryl's tau)
-70gm Hazelnut cream (dalam bekas bulat tu)
-25gm Bertih beras warna coklat (perlulah dibakar dalam oven)
ukuran tu boleh timbang guna alat penimbang, murah je kat kedai rm11.50 sy beli.
perkakasan : acuan lolipop, dan pemegang.
maaf kualiti gambar yang tidak jelas ye. :)
ok, sy gurau je.
ini resipi lolipop choclate ye, simple. semoga berjaya k.
LOLIPOP CHOCOLATE
Bahan : -60gm coklat kompoun - strawberry, white and apple.
(tgk gamba bawah ni, yg kotak biru, pink, hijau)
-400gm coklat kompoun -MILK
(tgk yg plastik gold tuh, beli jenama Beryl's tau)
-70gm Hazelnut cream (dalam bekas bulat tu)
-25gm Bertih beras warna coklat (perlulah dibakar dalam oven)
ukuran tu boleh timbang guna alat penimbang, murah je kat kedai rm11.50 sy beli.
perkakasan : acuan lolipop, dan pemegang.
bahan-bahan yang penting tadi.
nampak kan bertih beras tu, actually nak bagi rasa macam crispy tu. kalau tak nak pun tak pe, boleh gantikan dengan biskut oreo.
ini acuan lolipop. murah je. rm3.90. kalau nak corak lain pun ada jual di kedai.
ini plastik yg kita masukkan coklat cair nanti, tak tau panggil ape. maklumlah first time buat seniri. huhu
ini pemegang lolipop..
okay rasanya dah cukup saya bagitau bahan-bahannya. Gambar oven, sudu, cara pegang sudu, surat khabar dan gmbar emak saya pun tak perlulah saya letak sekali dalam nih. hehe
jom kita tengok step2 pulak ye.
cara-caranya :
1. Cairkan coklat strawberry. Cara nak cairkan tu, korang boleh guna rice cooker. Isi air dalam rice cooker tu. Ambil satu lagi periuk kecil doublekan di atas rice cooker tadi, pastikan air yang diisi tadi mencecah punggung periuk yang double kat atas tadi tu. alah lupa snap gmbar lah.
cairkan coklat pink ni. dah cair masukkan dalam plastik tadi.
masukkan macam ni okay. jangan lupa cairkan coklat green and white tadi. masukkan dalam plastik.
2. Then, titik atau paipkan bintik-bintik dalam acuan lolipop. Maksud saya, korang picitlah coklat tadi dalam acuan tu. biarkan kering dan keras. biar betul-betul kering tau. rujuk gambar.
3. Sementara menunggu coklat tadi keras, cairkan coklat kompoun yang MILK tadi. guna cara yang sama mcm di atas k.. Sentiasa kacaukan coklat sampai cair tau. taknak ketul-ketul. jangan terlampau panas sangat okay.
cair macam tu tau. then campurkan hazelnut cream.. gaulkan.
bertih berass yang dibakar tadi tu, campurkan sekali dalam coklat cair tuh.. so jadi macam kat atas tu. alamak terlupa rotate.
4. Tuangkan dalam acuan lolipop tadi. letakkan pemegang. masukkan dalam peti ais selama 12 minit atau lebih hingga coklat betul-betul keras.
5. Akhir sekali, dah keras boleh tuankan ke dalam bekas. masukkan dalam plastik and ikat. refer entri lepas camne contoh plastik lolipop tu k.. da siap..
sori buat tak cantik. first time buat seniri... huhu.. silalah mencuba.
ini lebihan coklat tadi, saya letak dalam cawan kertas. then dizzlekan dengan coklat strawberry and sedikit hiasan. Boleh juga. ikut kreativiti masing-masing okay.
tapi yang ni lagi senang.
ini gmbar masa saya mula-mula belajar dulu. nebes kot,orang dok tengok, dah la tangan parkinson terketaq-ketaq jadi bedak sejuk dah. :p
ok, selamat mencuba :)
maaf kualiti gambar yang tidak jelas ye. :)
14 comments:
mekaseh nica :)
menarik la...he3..cam best jer.. :) tapi ta pernah jumpa pun acuan tu..kat pasaraya ada ker??
nampak macam best jew.. hehee
naty nak try :)
kene beli bahan-2 dulu..
http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/tidak-dan-seterusnya-tidak.html
@cik ayin
sama2 :)
@ARYANI NUR
ada jual kat apple. ada banyak jenis. pilih saje yg mna berkenan. hehe
@Hunnym Syot 美智子
try jgn tak try. senang je.. :)
bakery ker kedai epal? baru 1st time nk mencuba niy
epal...
bakery er?
:)
Tq for sharing!!!
Cik NASA..bleh pm cmner nk order acuan Dan alatan coklat. Salwa-
Bertih beras tu kalau tak guna tak apekan???
Cik Nicaa senang ke buat lolipop coklat macam susuh je...
Cik Nicaa senang ke buat lolipop coklat macam susuh je...
Post a Comment