hurm, macam biasa cuti, stay kat bilik 24 jam tambah tolak 2 jam untuk turun makan dan pegi jamban. Jamban? klasik pulak sebut jamban.
dan macam biasa jugak, saya ada banyak asignment, siap ada task untuk pegi interview bagai kat IPD bahagian siasatan jenayah. mohon dia tak gari saya kalau saya tanya soklan pelik-pelik seperti :
"tuan, kenapa ye, kalau pegawai polis je, kena muka bengis, suara kuat2, misai panjang, dahi berkerut?"
atau,
"tuan, kalau saya nak masuk polis agak-agak ketinggian saya cukup tak? taklah rendah sangat 145cm je"
lepas tu conform kena gari aku, tidoq bertilamkan lantai, berselimutkan dingin. jangan lupa plaster mulut saya, kalau tak saya nangis tengah malam kuat2.
ok ok, back to tajuk.. tak tahu kenapa weekend ni, asyik teringat masa kecik-kecik dulu, alahai.
seronok rasanya.
walaupun mempunyai tabiat yang pelik iaitu suka main anak patung barbie bawah tangga, susun pinggan mainan dekat atas tangga, lepas tu tak bagi orang naik tangga sebab nanti kena mainan tu. aneh betul daku. kenapa suka sangat bawah tangga. -.-''
lagi satu, tabiat yang pelik. suka makan atau ratah lauk dalam piring. apedehal? dah tu sambil makan baring macam orang malas nak makan. ya allah. bila ingat balik, kenapa budak ni pelik sangat.
zaman suka merajuk, sikit sikit tereyak, suka kena buli dengan abang dan kakak. huwaa. kecik kecik memang tak suka, tapi bila besar teringat balik. alahai rindunya kecik-kecik. tengah-tengah jalan, abg tarik seluar, pastu lari report kat mak, abg potong rambut daku time tengah tidoq sebab nak sambung kat rambut dia, kakak suka tarik tarik rambut, buli basuh pinggan banyak banyak, cakap bahasa rahsia yang kononnya daku tak paham, misalnya:
"hamarini, dimiyama amajakmak jumumpama katmat semekomolahmah, jamanganman bamagimitaumau katmat makmak"
sembang antara kedua kakak2, konon tak nak bagi daku paham, padahal paham ja. muahaha
ada lagi setahun lebih sikit untuk merasa hidup bujang terangtangtang, dah tak boleh malas-malas dah, kena rajin,
- rajin bangun awal (kalau tak bkl kakak ipar report kat mak mentua),
- rajin buat asignment, apa kaitan asignment dgn kawen -.-'',
- balik cuti mid sem kena rajin belajar masak, kalau tak laki daku nak makan apa nanti.
- lagi rajin apa lagi ek? tu je kot, yang lain dah sedia rajin dah. buahahha, seperti rajin merajuk, rajin membebel, rajin termenung, rajin makan dan pelbagai lagi kerajinan. heh.
ok la, nak gi mandi, iklan je ni. duniawi semata2. mandi selepas makan? ok, ini pun kena ubah. huaaaa
bye, selamat bercuti. ahad kan. bye2
2 comments:
salam..waa...tomei nye nica time kecik2..hikhikhikhikhik..>terlebih gelak<..cantikkk nye headerrr..
ya : haha.. berserabai begini anda kata tomei? header tu anak sedara buat. hikhik
Post a Comment