hai semua. assalamualaikum.
saja nk kongsi beberapa peristiwa sepanjang kehamilan dlm blog ni.. utk kenangan masa depan dan untuk anak ibu baca nanti.
ibu jatuh moto. ibu nk keluar simpang lepas beli nyok utk masak balik kerja. sbb ibu plan nak buat masak lemak ikan utk ayah. ibu tgk kiri kanan pastu kiri balik. tgk kiri xda kereta,tgk kanan ada kereta sdg mara ke depan,tp slow je n bagi signal nk masuk simpang yg ibu tgh tggu nak keluar tu, ibu tgk kiri balik, xda kereta. jadi ibu keluar.
tiba-tiba belakang kereta yg bg signal tu, ada lg kereta. dan laju. ibu dah keluar simpang, ibu tgk kereta tu terus ibu pikir baby dlm perut, ibu pulas kuat supaya moto laju ke depan dan bg sempat lepas sebelum kereta tu. tapi.. kereta tu laju dan langgar belakang moto ibu.. ibu jatuh. tp ibu tak lepas handle moto, so ibu tak tergolek. ibu pikir baby je. ibu takut perut ibu terhempas atas jalan, moto jatuh ibu tahan dengan lutut. habes berdarah lutut ibu.
lepas tu kereta tu berhenti dan driver tu(pakcik) lari2 dtg.. org ramai pun tolong angkat moto ibu. ibu jalan capit2 ke tepi jalan. ibu macam nak nangis sgt2, tp ibu cover. hahaha. ibu tepon ayah xdapat. ibu tepon kwn ofis ibu. kwn ofis ibu tolong bwa ke kedai mkn sementara tggu ayah. masa kat kedai makan tu baru dapat kol ayah.
lepas ayah dtg, terus ibu ngn ayah p klinik check keadaan baby.. doktor cakap baby okay. alhamdulillah.. ibu lega n bersyukur sgt. terima kasih syg sebab stay dlm perut ibu. terima kasih allah. ibu x nk hilang baby.
nanti ibu share lg ye story ibu ngidam apa,ibu g jalan mana.. k.. bai bai.