Rutin Bulanan

salam ahad.
salam people.

semoga ahad kalian semua dipenuhi aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.

mcm saya hari ni. menyoronokkan juga. -.- pagi-pagi terjengok di klinik kesihatan. checkup bulanan. kalau lah baby tahu yg ibu sgt tak suka menunggu berjam2 begini. tapi demimu anak ibu sanggup tersengguk-sengguk di kerusi menunggu yg kurang empuk ini.  ayahmu tidur di rumah. semalam ayah kerja malam. jadi ayah tak dapat teman ibu hari ni. jadi ibu sgt lah boring.

semoga checkup nanti tak ada masalah pada baby kayyy.. ibu pun bukan rajin nak dtg setiap dua minggu. huahua..tahu la tinggi ibu tak cukup pastu doktor nak suruh refer pakar. baby tahu tak nenek ibu lagi kecik dari ibu. anak 9 beranak normal plak tu. suka dok buat kalut tau.. mencik mencik. hehe.

ibu tgk kt sini budak2 lari sini lari sana sebab bosan kot. tunggu lama sgt. baby lari dalam perut dh la ye. ok ibu nk sambung tdor kt kerusi ni. see u soon. ibu lebiu. 

10.39 am. n now turn number baru 2025. kbai

Kasih Ibu

salam jumaat.

sambil tonton tv, tiba2 rasa nk menulis. hari ni cuti sempena CNY kan, so saya cuti la ceritaaa dia.. tapi hasben sy kerja.. jadi saya hilang punca nk buat apa di rumah. jadi saya bajet sy surirumah harini, basuh baju lipat baju, sapu smpah, bg mkn ikan, ikan je la.. anak tak kuar lagi.. nk bg mkn pun.. hihi

smlm sy cuti jugak.. tp hasben sy keje.. cari rezeki lebih.. utk anak bini dia jugak.. bini dia buat apa kat rumah? bini dia p jalan dgn mak dia.. haha..

mak sy roger sy ajak jln2 tesco depan rumah sy.. jadi sebabkan dekat je dgn umah sy on saja.. mak sy yg jauh nk dtg, tapi demi anak dia yg comel ini, 20 minit tu apa adahal rempit sekejap je smpai..

jdi kami pun dating la dua org.. teman mak sy shopping baju.. katanya lama x jalan dgn senang hati. ye lah kalau dgn ayah sy, x larat pulak ayah sy nak follow masuk kedai keluar kedai tapi x beli apa kan.. so dgn sy senang, kami sama2 masuk kedai kuar kedai tanpa beli apa2.. haha

tu je cerita dia.. tp bila mak saya otw blk, tiba2 rasa sebak. rasa mcm alaa x yah la balik.. uwaaa.. teruk betul.. sy dah nk jadi ibu tapi tetap nk dekat dgn ibu.. huhu.. tapi apa2 pun mak sy adalah yg terbaik.. kasih syg suami pun terbaik.. jadi sy syg kedua2nya.. semoga anak yg bakal lahir nanti, sy dapat curahkan kasih syg seperti mak sy..

sob sob. *sambung lipat kain

2015.

Assalamualaikum.

haaaiiiiii... setahun sekali saya update blog. memey hebat la kan. hati rasa macam-macam nak tulis dan cerita pada semua orang tapi masa tak mengizinkan (ayat cliche). tak tak. betul. banyak sangat benda baru yang berlaku tahun 2014 and this year.

antara kenangan tahun 2014 yang tak mungkin dilupakan :

JANUARI
-tamat belajar
-menghadapi detik-detik sedih meninggalkan tempat belajar yang penuh dengan kenangan bersama kawan-kawan.

FEBRUARI
-mula bekerja pada minggu kedua.
-kerja di penang sebelah pulau dimana saya kena ulang alik selama sejam setiap hari. keluar rumah lepas subuh dalam kedinginan pagi naik motosikal, naik feri, tido atas feri, dah sampai sambung lagi merempit ke tempat kerja.
-cabaran baru alam bekerja

MAC
-masih belajar untuk terima hakikat dah bekerja
-gembira sebab dah boleh bagi duit tangan pada mak dan ayah
-genap setahun pertunangan dengan encik Ashraf Salihin-ku-sayang
-masih ulang alik ke tempat kerja
-dah tahu feri mana selalu bawak slow
-mula merancang untuk mendirikan rumahtangga setelah ditetapkan tarikh

APRIL
-duit gaji dilaburkan untuk deposit kahwin dan simpanan kahwin
-mula survey butik, pelamin, doorgift, etc
-merancang tema hantaran
-tumpu perhatian pada kerja tapi masih tak boleh ketchup. why. i don know. am i too slow. huh
-tempah kad kahwin

MAY
-convocation
-masih dalam persiapan kahwin
-pening kepala pikir duit
-mula survey flowercrown utk bridesmaid
-survey hantaran
-kad kahwin dah terima
-mula pikir nk apply new job sebab tak larat ulang alik. plus nanti nak kawen mesti lg x larat.

JUNE
-mula listkan jemputan
-mak ayah dah mula 'memanggil' (menjemput dgn kad atau mulut)
-siapkan hantaran dan flowercrown
-interview new job. dapat.
-resign job sedia ada
-cari rumah sewa utk after kawen
-dugaan mula dtg

JULAI
-abah sakit. perlu operation. sampai saya rasa nak postpone kahwin but semua dah dijemput. redha
-start new job yang perlu ulang alik less than 30 minutes. acceptable.
-baju kahwin disiapkan tailor dan perunding perkahwinan last minute.
-at last design semua tak kena dengan taste saya. veil n tdung semua sy tak suka. colour request dusty pink dapat stricking pink. 
-sebelah pompuan n laki both saya tak puas hati.
-abah dah lepas opertation.recovering. alhamdulillah
-dah jumpa rumah sewa

OGOS
-berdebar
-apply cuti kahwin
- baju nikah tak ikut design. nangis dan kemudian redha.
-nikah. rasa bahagia, sebak, terharu, dan mcm2 lagi. at last kami bersatu after 10 years bercinta and after through all the challenges together.





-sanding sebelah pompuan n laki.
-honeymoon
-cuci rumah sewa



SEPTEMBER
-masuk rumah sewa
-mula beli barang2 rumah sikit2. sementara tu guna brg hantaran  yang kwn2 hadiahkan. 
-meyesuaikan diri dengan status seorang isteri

OCTOBER
-life mcm biasa. 
-bahagia with suami dan banyak beljar ttg tgjwb seoarang isteri
-demam and period tak dtg
-scan tapi doktor ckp no baby. hmm

NOVEMBER
-life mcm biasa
-period still tak dtg, test urine dah buat but negative.
-mula jual flowercrown di instagram

DECEMBER
-Demam and muntah
-Refer pakar. and positive pragnant. da 6 weeks. alhamdulillah.seronok sgt. tak tahu knapa scan n urine test sebelum ni negative.
-mula alahan
-hujung bulan 12, baby was 7 weeks.

---TAMAT 2014--   


---2015---

JANUARI 
-Alah. makan dan muntah. makan dan muntah.
-emosi lain, badan rasa lain. jerawat tumbuh dengan riang di muka. huwaa
-emosi ibarat ombak laut yang bergelora (over)
-baby was 11 weeks

FEBRUARI
-alahan makin kurang
-baby is 14 weeks.


huh. habes jugak throwback dan listkan few importang things. so that lps ni saya akan ingat moment2 penting ni... hihi,..
mesti bosan kalian yang membaca. tapi tahniah sebab dah habes baca. mesti menyesal baca,. hahaha.
dugaan sgt banyak in 2014 especially time nak kahwin. but after all, saya redha dan happy sebab saya dah halal menjadi isteri kepada org yang paling saya sayang n cinta. gedik. -.-

my journey now as ibu-to-be. so mental kena kuat bebbbb...

ok semoga jumpa lagi in next entry.