Terima Kasih Allah.

Terima kasih Allah. Terima kasih. 
Kau maha mendengar setiap keluhan hati.
Kau memahami setiap kehendak hati.
meski dosaku setinggi gunung, malah lebih lagi, astagfirullah.
meski aku terkadang melupakan-Mu,
tapi sememangnya Kau berada dekat lebih dekat dari urat pangkal leherku.
Kau masih memandang dan memakbulkan doa-doa kecilku.
terima kasih Allah.

Moga perjalanan hidup ini, lebih baik,
aku memohon jadikan lah aku wanita yg penuh dengan keberkatan yang diredhaimu.
amin.


Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
p/s : susah kan nak tgk gua serius, but sometimes it comes deeply through my heart, then, terus rasa sebak, nak nangis, dan bercakap pada diri, ya allah, betapa aku melupakanmu, ampuni aku. sobsssss30x.. salam jumaat.. moga Allah redhai setiap nafas, setiap langkah dan setiap apa jua yang kita lakukan. 




Kenduri Kahwin Kawan

halahai. sorang-sorang kahwin. tinggallah daku yang membujang sehingga sekarang. cewah ayat bajet macam dah tua dah haku nih. erm biasalah daku ni gatal je awal, kahwinnya lambat jgak. muahahha.. ada unsur-unsur madah berlagu pilu di situ. sambil lap hingus dengan tisu tandas. -.-''

bukan apa, bukan tak nak kahwin, kalau boleh esok pun gua nak pegi jemput tok kadi datang rumah, nikahkan aku cepat-cepat. eh eh bukan nikah dengan tok kadi tau. nanti ada jugak yang salah bin paham nanti. dengan buah durian hati pilihan daku la.. bukan tok kadi ye, tak mo, tak mo..tetapi memandangkan ketahanan fizikal dan mental gua ni belum cukup tahap ketahanan yang tinggi,fizikal memang tak tinggi dah la kan, mental pulak kejap2 ok, kejap2 ke laut,  so gua mengkuburkan hasrat-hasrat gua bersama kentut-kentut gua.. pfttt...

agak-agak la kan, umur berapa ye daku berumah tangga ni? muahaha.. bangun pun mak kejut, ada hati nak kawen... booooo kat diri sendiri.. sobsss...



ok, lari dari tajuk pulak. huhu. ini kawan saya, namanya Siti Salihah. abaikan mulut itik saya, mungkin dulu saya suka kawan dengan itik.. lalalala..kawan saya ni,ade saya mention dlm post2 sejak 2 tahun lepas. hoho... dah kahwin dah beliau... Selamat Pengantin Baru ye...semoga menjadi isteri yang solehah dan berkekalan hingga ke jannah.. (bkan jannah kawan leha tu tau, dia pun dah ada anak, hehe)
apa kaitan? pftttt..


ini gambarnye, tinggi kitorang sama, taste ktorang pun sama, haha, nak psgn yang besar2 je.. hahaha..
tapi sekarang status kita je tak sama, daku Cik Hanisah yang bujang terang tang tang tang tang, dikau Puan Salihah yg kiut lagi miut, tambahan suka gelak kuat-kuat, wah itu pakej ok, tahniah. muahaha..
dari kiri (Cik Hanisah, Puan Leha dan suami, Bakal Suami Cik Hanisah, insyaAllah, hehehe)...
dan kawan saya ni masih belajar tau, so memey mmerlukan tahap sabar yang tinggi sebab berjauhan dengan suami, tapi saya percaya kawan saya ni kuat. hehehe..

ok tu je nak tempek gambar, nanti banyak-banyak kene sekeh pala, dah la letakk gambar tanpa kebenaran. muahhaha..  ok lah, gua nak siap-siap nak pegi kawin  kelas jap. babai.

maaf, saya memey malas update blog, biasalah suka hati la kan nak update ke tak, Hak Update Blog, Hak Kami! dan Hak Kawin Hak Kami ! (tetibe~)

ok bai. kroh kroh kroh..